VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 05/05/2010

TNB jadi contoh pelaksana CSR

KUALA LUMPUR 4 Mei - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) merupakan contoh syarikat tempatan yang berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan begitu baik.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah kui berkata, syarikat utiliti itu memperuntukkan sejumlah besar wang untuk projek CSR, sekali gus menjadikannya antara penyumbang terbesar dalam program berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan CSR TNB meliputi pelbagai aspek termasuk pendidikan, sukan, alam sekitar dan membantu golongan susah.

''Tetapi sebenarnya, sumbangan utama CSR oleh TNB tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

''TNB telah memainkan peranan penting dalam menyediakan bekalan elektrik secara cekap kepada rakyat pada kadar yang terendah. Inilah antara aktiviti CSR utama oleh TNB,'' katanya pada perasmian Persidangan Woksyop CSR Dunia dan Tanggungjawab Pelaburan Sosial (SRI) di sini hari ini.

Ucapan itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon.

Beliau berkata, amalan CSR telah lama dipraktikkan di Malaysia terutama di kalangan syarikat senaraian awam.

Bagaimanapun, Fah Kui berkata, definisi CSR di Malaysia adalah pelbagai dan persepsi mengenainya perlu diperluaskan untuk memastikan program berkenaan dilaksanakan secara efektif.

Jelasnya, amalan CSR boleh membantu entiti perniagaan meningkatkan imej, faedah dan reputasi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.