VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 03/05/2010

Zulkifeli Panglima Tentera Darat baru

MERJAYOUN 2 Mei - Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin akan dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang baru berkuat kuasa akhir Mei ini bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin yang bersara wajib.

Pelantikan itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad ketika berucap pada majlis pertemuan dengan pegawai dan anggota pasukan Batalion Malaysia 2 (Malbatt 2) di kem At Tiri dekat sini hari ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pelantikan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Laksamana Muda Datuk Jamil Osman sebagai Panglima Markas Angkatan Bersama yang baru menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Wira Allatif Mohd. Noor.

Difahamkan Allatif akan dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang baru menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin yang akan dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat yang baru.

Abdul Latiff bagaimanapun tidak mengumumkan bila tarikh pelantikan mereka berkuat kuasa dan difahamkan perubahan tampuk kepimpinan tertinggi tentera itu akan bermula pada 21 Mei ini.

Zulkifeli, 56, dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954 dan menamatkan latihan kadet di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England pada 1974.

Beliau kemudian ditauliahkan sebagai Leftenan Muda untuk berkhidmat di dalam Rejimen Ke-2 Askar Melayu Diraja (RAMD) selaku Ketua Platun pada 9 0gos 1974.

Sejak itu, Zulkifeli menjawat pelbagai jawatan sehingga dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dan seterusnya dilantik sebagai Panglima Medan Tentera Darat pada Februari 2007 dan Timbalan Panglima Tentera Darat pada Jun 2008.

Zulkifeli beristerikan Datin Umi Kalsom Wan Awang dan mempunyai dua anak.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.