VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 01/05/2010

Keindahan Istanbul gamit pelancong


Masjid Biru yang menjadi kebanggaan rakyat Turki.


MENGISI masa lapang dengan melancong merupakan satu riadah yang pastinya memberikan seribu kenangan terindah untuk dipahat dalam memori.

Masakan tidak kerana selain dapat melawat tempat-tempat bersejarah, ia turut membolehkan kita melihat keindahan negara luar.

Bagi mereka yang merancang untuk bercuti ke luar negara, Turki merupakan sebuah negara yang patut anda lawati kerana sejarahnya yang terbilang menggamit segala yang terindah antara dua benua dunia iaitu Benua Asia dan Eropah.

Untuk itu, Poto Travel & Tours Sdn. Bhd. menyediakan pakej pelancongan selama 10 hari lapan malam kepada mereka yang ingin menyaksikan keindahan bumi Turki terutama ibu negaranya, Istanbul.

Menurut Eksekutif Pelancongannya, Suziliana Abd. Rahim, pakej tersebut lazimnya ditawarkan dengan penerbangan Gulf Air dan akan transit di Bahrain. Tetapi bermula awal bulan Mei ini, para pelancong yang membeli pakej tersebut akan diterbangkan ke Istanbul dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Penerbangan tersebut merupakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 12 jam.

''Sebelum ini sekiranya menggunakan penerbangan Gulf Air, para peserta akan transit dan bermalam selama satu malam di Bahrain.

''Tetapi bermula awal Mei ini, para peserta akan diterbangkan terus dari Kuala Lumpur ke Istanbul dan ini lebih menjimatkan masa,'' ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Suziliana lagi, pakej tersebut ditawarkan pada harga RM5,688 yang meliputi tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke Istanbul (kelas ekonomi), penginapan hotel (bertaraf tiga atau empat bintang), segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki tempat lawatan, pengangkutan, makanan, caj visa dan cukai lapangan terbang.

Tambah beliau, Istanbul merupakan sebuah negara yang mempunyai empat musim seperti negara-negara empat musim yang lain.

Setiap bulan pasti ada permintaan untuk pakej ke Istanbul dan yang pasti setiap bulan juga pasti ada penerbangan ke sana.

Ujar Suziliana lagi, selain Istanbul, pakej itu akan membawa para peserta melawat ke Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia, Bolu dan Ankara.

''Pakej ini pastinya memberikan kepuasan kepada para peserta tetapi ia sedikit memenatkan kerana perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa lebih daripada dua jam.

''Untuk itu bagi pakej ini, para peserta tidak hanya tinggal di satu hotel malah ia akan bermalam di setiap tempat yang dikunjungi.

''Peserta akan dibawa ke setiap lokasi dengan menaiki bas bagi membolehkan mereka menikmati panorama indah di sepanjang perjalanan,'' katanya lagi.

Bercerita lanjut mengenai lawatan tersebut, Suziliana memberitahu, para peserta akan dibawa berkunjung ke tempat wajib iaitu Masjid Biru (Blue Mosque) dan juga Istana Topkapi.

Ini kerana Masjid Biru yang dibina pada tahun 1561 dengan enam menara tinggi merupakan lambang kejayaan kerajaan Ottoman ketika itu.

Ia dipanggil Masjid Biru kerana keindahan jubin dan mozek birunya yang melatari dinding serta beberapa bahagian kubah masjid ini.

Rata-rata kawasan masjid ini dilengkapi dengan marmar biru tua serta batu granit yang amat besar.

Sementara itu, Istana Topkapi, Istanbul pula menempatkan khazanah kerajaan Islam termasuk janggut nabi dan pedang empat khalifah serta Melvana, bandar para sufi.

Bukan itu sahaja, peserta juga berpeluang membeli-belah di pasar sutera, pasar rempah/herba dan Grad bazar.

Selain tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk dilawati, para peserta turut diberikan tiga lagi tempat lawatan untuk dipilih.

Bagaimanapun kos untuk memasuki kawasan tersebut akan ditanggung sendiri oleh para peserta.

Pelancongan pilihan yang ditawarkan ialah belon udara panas, menaiki feri menyeberangi Selat Bosphorus dan mandian Turki.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi terus Poto Travel &Tours di talian 03-92006640 atau layari laman web www.pototravel.com.my untuk keterangan lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.