VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SASTERA

ARKIB : 30/04/2010

IPGKM angkat puisi tradisional


Othman Mohamad (dua dari kiri) menerima sumbangan buku himpunan puisi tradisional Melayu daripada Siti Hanifah Madarsa (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Nor Hasimah Ali (kanan) di Majlis Perasmian Seminar Puisi Melayu Tradisional Dan Malam Gema Puisi di Melaka baru-baru ini.


PUISI tradisional mungkin semakin tidak digemari oleh generasi pada hari ini. Tetapi ia merupakan antara warisan budaya yang tidak ternilai.

Ekoran itu sempena ulang tahun ke-75, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM), Durian Daun, Melaka, telah menganjurkan Malam Gema Puisi Tradisional bagi membuka kembali mata masyarakat akan warisan Melayu.

Program anjuran IPGKPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) itu menampilkan khazanah puisi tradisi yang semakin jarang didendangkan.

Antaranya pantun, syair, burdah, nazam dan gurindam yang berjaya memukau kira-kira 300 hadirin.

Majlis pada malam itu dimulakan dengan penampilan Pengarah IPGKPM, Noor Hayatee Md Noor dengan pantun bagi mengingati ulang tahun ke-75 institusi tersebut.

Ia disusuli Munshi Dewan, Muhamed Salehudin Aman dengan alunan burdah, Umat Islam Akhir Zaman.

Puisi yang sarat dengan dakwah itu memukau hadirin yang hadir ditambah dengan lontaran suaranya yang lunak.

Pegawai Institut Seni Malaysia Melaka (ISSMA), Arifin Uzir turut tampil menyampaikan nazam Nasihat ciptaan Ahmad Mufti.

Sudah tentu tidak sah jika Melaka tidak menampilkan dondang sayang. Ia dipersembahkan oleh Pengerusi Persatuan Dondang Sayang Melaka, Mohd Yasin Ahmad.

Turut mengambil bahagian ialah Pengarah DBPWS, Nor Hasimah Ali dan Penerima Anugerah Sasterawan Negeri Melaka 2009, Mokhtar Yasin.

Kelab Budaya IPGKPM turut tampil mendendangkan puisi tradisi melalui lagu berondoi selain mempersembahkan Joget Pahang.

Sebelum ketika merasmikan Seminar Puisi Melayu Tradisional dan Malam Gema Puisi Tradisional itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad meminta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) memainkan peranan memajukan puisi Melayu tradisional.

Katanya, usaha seperti penganjuran seminar atau program berkaitan puisi itu boleh membantu menarik minat khususnya di kalangan generasi baru.

"Puisi kini jarang digunakan dalam kehidupan seharian tetapi itu tidak bermakna ia boleh dilupakan begitu sahaja.

"Melalui seminar atau inisiatif yang diambil oleh beberapa institusi mampu menjadikan puisi tradisional Melayu mendapat perhatian khususnya bagi golongan muda," katanya.

Kata Othman, penganjuran seminar atau program Seminar Puisi Melayu Tradisional dan Malam Gema Puisi mampu menjadikan puisi tradisional Melayu diminati generasi muda.

Menurutnya, penganjuran seminar itu mampu menjadi penggerak dan membuka minda di kalangan generasi muda terutama melahirkan warga pendidik yang mempunyai nilai murni, berpandangan progresif dan bersahsiah terpuji.

"Selain melahirkan guru yang berdedikasi melalui ilmu yang diperoleh ketika berpuisi, ia juga selaras dengan hasrat negara memartabatkan Bahasa Melayu ke persada dunia melalui pendedahan pelbagai genre kepada masyarakat.

"Antaranya adalah sajak, pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, talibun, mentera dan dikir," katanya.

Othman berkata, bagi menjadikan puisi terus mempunyai kesinambungan dan diminati generasi muda, warga pendidik perlu bijak mengambil peluang menghasilkannya sendiri.

Beliau juga yakin dengan kerjasama seperti DBP, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) mampu merealisasikan usaha meningkatkan kemajuan bidang puisi Melayu tradisional.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.