VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 29/04/2010

Cabaran menjaga warga emas

DALAM tempoh 25 tahun akan datang, jumlah penduduk Malaysia yang berusia 60 tahun akan meliputi 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Peningkatan itu dilaporkan akan mencetuskan satu fenomena baru dalam masyarakat mengenai penjagaan orang tua.

Ia akan menyebabkan jumlah warga emas yang menghuni di institusi-institusi kebajikan di seluruh negara meningkat.

Peningkatan jumlah itu juga memberi isyarat bahawa semua pihak perlu bersedia mulai sekarang untuk menghadapi cabaran menjaga warga emas termasuk pihak kerajaan dan swasta.

Cabaran itu tidak semudah yang dibayangkan. Umum mengetahui bahawa orang tua mempunyai banyak ragam dan kerenah sehinggakan ada anak sendiri sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah-rumah penjagaan orang tua di seluruh negara.

Impaknya adalah ia akan meningkatkan tanggungan kerajaan bagi menjaga kebajikan warga emas di rumah kebajikan.

Jika anak-anak sanggup menjaga sendiri ibu bapa masing-masing, maka perbelanjaan membiayai kos tersebut dapat dikurangkan.

Adalah lebih baik peruntukan itu dialihkan kepada projek-projek pembangunan lain yang lebih memerlukan seperti membantu penduduk yang miskin.

Presiden Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia, Syed Barkat Syed Ali berkata, kita boleh meniru negara-negara Barat dalam isu penjagaan warga emas.

Menurutnya, di negara-negara tersebut, masyarakat mengambil alih tugas kerajaan dan swasta untuk menjaga warga emas yang sebatang kara atau dipinggirkan oleh anak-anak.

Katanya, di negara kita pula, sikap masyarakat Hokkien boleh dicontohi.

Menurutnya, kaum Hokkien di negara ini bukan sahaja menyediakan rumah perlindungan dan kemudahan untuk warga emasnya, tetapi juga menyalurkan bantuan kepada kaumnya yang kesempitan hidup termasuk membiayai kos pendidikan anak-anak miskin.

"Kalau masyarakat kita mengambil alih tugas kerajaan untuk menjaga orang tua, maka bebanan yang ditanggung sekarang dapat dikurangkan.

"Saya akui kos penjagaan orang tua adalah mahal kerana ia melibatkan pengurusan institusi, gaji pekerja dan makan minum. Namun, kos yang paling tinggi adalah perubatan dan kemudahannya seperti menyediakan kerusi roda, membiayai kos rawatan di hospital dan lain-lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas bagaimana masyarakat boleh memainkan peranan, katanya, rumah ibadat kaum tertentu seperti masjid bagi orang Islam boleh menganjurkan program bagi menjana duit.

Menurutnya, duit itu boleh digunakan untuk membina sebuah rumah kebajikan warga tua di dalam kawasan kampung atau daerah di mana masjid itu terletak.

"Saiz rumah kebajikan itu mestilah cukup untuk menampung jumlah warga tua di kawasan masing-masing.

"Kemudian lantik seorang warga tua yang sihat dan berupaya untuk menjadi ketua rumah atau jika tiada, khidmat sukarelawan diperlukan untuk menjaga mereka.

"Kesemua wang bagi tujuan itu adalah daripada derma atau sumbangan orang kampung berkenaan," ujarnya.

Menurut Syed Barkat, gereja-gereja di negara ini telah lama memikul tanggungjawab menjaga orang tua dan tibalah masa, masjid memulakannya.

"Dalam Islam, menjaga orang tua yang tidak berupaya adalah satu jihad," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.