VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 28/04/2010

Batik Selat martabatkan batik Melaka


Azlina Mohd Azlan memerhatikan salah seorang pekerjanya mencanting batik.


APABILA bercakap mengenai batik semestinya nama Terengganu atau Kelantan akan singgah di bibir ramai sebagai negeri pengeluar batik terbesar dan terbaik di Malaysia.

Fabrik berwarna-warni buatan tradisional terlalu sinonim dengan kedua-dua negeri itu hinggakan ramai yang tidak mempercayai bahawa negeri lain seperti Melaka juga mampu menghasilkan batik yang mempunyai kualiti setanding dengan batik yang dihasilkan oleh kedua-dua negeri itu.

Inilah kepercayaan yang cuba diubah oleh seorang wanita, Azlina Mohd Azlan, 30, dan bapanya Mohd Azlan Labu, 57. Kedua-dua beranak itu berjaya menapak dalam industri pembuatan batik apabila memperkenalkan batik berjenama Batik Selat.

Malahan kini usaha mereka membuahkan hasil apabila batik buatan syarikat mereka mampu dipasarkan hingga ke pasaran antarabangsa.

Azlina anak tunggal bapanya menceburi bidang perniagaan dengan membuka butik pertama She-Dazz Creation di The Mall, Kuala Lumpur pada 2004 selepas empat tahun berkecimpung dalam dunia perbankan sementara bapanya, Mohd Azlan mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam bidang tekstil.

Bermula dengan sebuah kilang kecil di Taman Perindustrian Masjid Tanah pada 2007, Azlina tidak menoleh kebelakang apabila membuka sebuah lagi butik di Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh pada tahun lepas dan pada tahun yang sama menembusi pasaran di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Corak abstrak

Azlina menggunakan corak-corak abstrak dan kontemporari untuk rekaan corak batiknya kerana corak ini bukanlah corak bermusim dan tidak terpengaruh dengan peredaran fesyen.

Dalam temu bual khas dengan Bernama, Azlina berkata corak tersebut dapat membezakan pemerhatian orang ramai daripada corak flora yang sering diamalkan oleh pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu sekali gus mewujudkan identiti baru Batik Melaka.

"Pentingnya satu corak hanya satu orang sahaja yang pakai kecuali orang tempah untuk uniform, corak individu daripada baju yang harga puluhan ringgit sampai ratusan ringgit memang tetap satu baju sahaja", katanya.

Bagi menghasilkan corak yang menarik, Azlina menggunakan bahan pewarna yang diimport dari Jerman dan kain yang bermutu tinggi dari China dan India kerana bahan yang bermutu tinggi akan menghasilkan corak yang menarik sekali gus menghasilkan batik yang bermutu tinggi.

Selain itu, Azlina menggabungkan teknik sulaman dengan corak batik tersebut untuk menghasilkan pakaian batik yang mempunyai identiti tersendiri.

Kapasiti pengeluaran

Kilang Batik Selat di Taman Perindustrian Masjid Tanah mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 300 helai pakaian batik siap untuk tempoh masa sebulan.

Di bawah pengawasan bapanya Mohd Azlan, kilang tersebut mempunyai lima pembuat batik dan lima tukang jahit untuk memenuhi permintaan pelanggan tetapi tenaga kerja ini masih jauh untuk memenuhi permintaan semasa sebanyak 500 helai sebulan.

Bagi mengatasi masalah itu, Azlina sedang berusaha untuk menambah tenaga kerja dan meningkatkan prasarana untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 600 helai sebulan pada tahun ini.

Untuk permintaan dalam negara, kemeja kain kapas dan jubah menjadi produk terlaris manakala blaus dan kaftan menjadi produk terlaris untuk permintaan luar negara.

"Permintaan tempahan uniform banyak membantu kita. Macam tahun lepas kita kuat disebabkan banyak tempahan secara borong tetapi permintaan untuk jualan individu di kedai masih lebih tinggi," katanya.

Peningkatan jualan

Azlina berkata pada awal penubuhan syarikat pada 2007, Batik Selat memperoleh jualan sebanyak RM100,000 manakala pada tahun lepas, jualan meningkat kepada RM200,000.

Sebanyak 90 peratus daripada jumlah jualan pada tahun lepas adalah jualan dalam negara manakala baki 10 peratus lagi daripada jualan luar negara.

Dengan penambahan tenaga kerja dan peningkatan prasarana yang akan dilakukan, Batik Selat mensasarkan untuk memperoleh jumlah jualan melebihi RM300,000 pada tahun ini.

Pada masa sekarang, Batik 1Malaysia mendapat permintaan yang amat tinggi dan Batik Selat menjangka akan memperoleh peningkatan jualan dengan memperkenalkan beberapa variasi baru Batik 1Malaysia ciptaannya sendiri, katanya.

Beliau berkata pada masa sekarang, selain Terengganu dan Kelantan semakin ramai pembuat batik dari negeri lain mula menghasilkan batik dengan memperkenalkan identiti batik masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.