VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 27/04/2010

Konsep Hospital Mesra Ibadah masih kurang dipraktikkan

27/04/2010 6:06pm

PULAU PINANG 27 April Hanya empat hospital awam dan 11 hospital swasta di negara ini mengamalkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) secara agresif iaitu menyediakan khidmat bimbingan beribadat dan kerohanian kepada pesakit.

Hospital awam berkenaan adalah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Hospital Sungai Petani (HSP), Hospital Alor Star, Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala antara hospital swasta adalah Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC).

Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ramli Saad berkata, jumlah itu masih belum mencukupi dan usaha ke arah mendedahkan konsep itu dalam kalangan pengamal perubatan perlu dilakukan secara berterusan supaya pelaksanaan secara menyeluruh dapat dilakukan.

"Meskipun cadangan itu mendapat reaksi positif daripada kira-kira 130 hospital seluruh negara, namun ia masih kurang dipraktikkan secara agresif, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Konvokesyen HMI di HPP yang dirasmikan oleh Pengarahnya, Dr. Raja Lope Ahmad Raja Ariffin.

HMI merupakan satu gagasan pengurusan hospital yang memberi fokus kepada nilai-nilai kecemerlangan dalam perkhidmatan serta kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan Islam. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.