VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 24/04/2010

Rapidpass Pelajar tawar diskaun 50 %

KUALA LUMPUR 23 April - Pelajar kini boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus bagi perkhidmatan bas, transit aliran ringan (LRT) dan monorel menerusi kad Rapid- pass Pelajar.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Idrose Mohamed berkata, ia adalah inisiatif syarikat itu bagi mengurangkan beban dan memudahkan pelajar merancang perbelanjaan mereka.

"Kami berharap penjimatan ini dapat menarik lebih ramai pelajar untuk menggunakan perkhidmatan RapidKL dan kami menyasarkan pendaftaran lebih 70,000 pelajar.

"Kad ini boleh dipakai selama 30 hari tanpa had bermula dari hari pertama penggunaan selepas setiap kali kad ini diperbaharui," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pelancaran produk terbaru itu juga telah diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan turut ditawarkan kepada pelajar asing.

Ia merangkumi dua kategori iaitu Rapidpass Pelajar Bas berharga RM50 untuk penggunaan tanpa had bas RapidKL manakala Rapidpass Pelajar Integrasi berharga RM100 untuk penggunaan tanpa had perkhidmatan bas, LRT dan monorel.

"Untuk memohon, pelajar perlu membawa dokumen asal dan satu salinan kad pengenalan atau sijil lahir dan kad matrik pelajar. Pas berkenaan tidak boleh ditukar milik," katanya.

Borang permohonan boleh didapati di semua stesen LRT.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.