VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 20/04/2010

Kelebihan Restoran Leha World


Sebahagian pengunjung menikmati sajian di Restoran Leha World di Paroi Jaya, baru-baru ini.


SEREMBAN 19 April - Namakan apa sahaja lauk pauk kegemaran anda, masak lemak, kari, asam pedas, ikan bakar, kurma, kerabu, sambal tumis tempoyak, semua sajian itu disediakan di Restoran Leha World di Taman Paroi Jaya dekat sini.

Tidak dapat dinafikan kelebihan restoran tersebut menyediakan lebih 210 jenis lauk pauk yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Lebih menarik, minuman pula diberikan secara percuma kepada pelanggan termasuk untuk dibungkus.

Jadi, bukan sesuatu yang menghairankan jika Leha World sering menjadi tumpuan dan sesak dengan pelanggan terutama ketika waktu rehat.

Bagi kakitangan kerajaan, pekerja swasta, penduduk berhampiran mahupun pengunjung di bandar ini, peluang menjamu selera di Leha World pasti tidak dilepaskan kerana kepelbagaian lauk pauk selain keenakan rasa masakan yang disajikan.

Dimiliki oleh pasangan suami isteri, Mohd. Azhar Abdullah, 44, dan Zaleha Bani, 42, restoran tersebut sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Kata Zaleha, nama Leha World diambil sempena nama jolokan yang diberikan kepada penyanyi popular Mawi yang juga merupakan artis kegemaran mereka sekeluarga.

Bercerita tentang tahun-tahun awal penubuhan restoran tersebut kata Zaleha, dia dan suami sanggup menjelajah satu Malaysia untuk mencari resipi asli pelbagai jenis lauk pauk daripada masyarakat setempat.

"Hasrat kami untuk mencipta kelainan agar menjadi tarikan pelanggan sekali gus memberi pilihan kepada mereka menjamu selera," katanya ketika ditemui di restoran tersebut baru-baru ini.

Sememangnya daripada apa yang dilihat penulis, belum ada restoran yang menyediakan lauk pauk sebanyak itu.

Bagi menyediakan masakan tersebut kata Zaleha, setiap hari dia harus bangun seawal 4 pagi untuk ke pasar membeli bahan-bahan masakan.

"Selepas solat subuh, saya mulakan kerja-kerja memasak dibantu oleh jiran sebelah rumah. Saya akan masak berdua sahaja tanpa campur tangan dari pekerja-pekerja untuk menjaga keaslian masakan.

Menurutnya lagi, sebuah rumah disediakan untuk menjalankan aktiviti memasak sementara pekerja-pekerja akan datang pada pukul 6.30 pagi untuk membantu proses penghantaran ke restoran.

"Restoran ini dibuka pada pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. Beginilah rutin harian yang saya lakukan bersama dibantu oleh 20 orang pekerja.

"Selain itu kerja-kerja sambilan akan dibantu oleh empat orang anak kami yang sentiasa memberi semangat dan menyokong usaha memajukan perniagaan ini," katanya yang sudah lapan tahun berniaga.

Walaupun agak memenatkan, namun berkat kesabaran mereka sekeluarga perniagaan bertambah maju.

"Kami sudah lama berniaga bermula daripada kecil-kecilan di tepi jalan dan kini berjaya sampai ke tahap ini, semuanya hasil daripada penat lelah selama ini," katanya.

Menurutnya lagi, untuk mendapat keberkatan mereka juga sering memberi sedekah dengan menjamu anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan berdekatan.

Restoran itu beroperasi pada setiap Isnin sehingga Jumaat manakala cuti hujung minggu dan cuti umum ditutup untuk menyediakan tempahan katering.

Kata Zaleha, mereka turut menyediakan khidmat katering perkahwinan, tempahan dari kilang-kilang serta menyewakan pinggan mangkuk termasuk khemah.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.