VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PEMOTORAN

ARKIB : 17/04/2010

Murano 3.5L X-CVT crossover mewah Nissan


Reka bentuk bujur pada bahagian belakang menyerlahkan dimensi aerodinamik pada Nissan Murano.


MEMANDU uji Nissan Murano yang digolongkan dalam segmen crossover ini, iaitu gabungan kenderaan utiliti sports (SUV) tetapi memiliki keselesaan kenderaan pelbagai guna (MPV), akan diingati bukan saja kerana keupayaannya tetapi juga mi bandung Muar!

Ini ekoran beberapa hari sebelum mengambilnya di ibu pejabat Edaran Tan Chong Motors di Jalan Ipoh, penulis menonton program melawat Muar di Johor yang memaparkan keenakan mi bandung tersebut. Kajian di Google mendapati jarak dari ibu negara ke Muar hanyalah 189 kilometer. Ini destinasi tidak perlu bermalam.

Namun disebabkan setelah 13 tahun kali terakhir melawat Parit Bunga, rupa-rupanya sudah ada lebuh raya bertingkat di situ. Setelah berpusing-pusing di seluruh bandar sehingga melewati hospital dan hampir terlajak ke Batu Pahat, tibalah masa mencari mi bandung. Cuma disebabkan waktu sudah 2 petang, ia sudah agak terlalu panas untuk benar-benar merasai nikmatnya. Elok makan sebelum 11 pagi, iyek?

Lebuh raya di hadapan sekolah Parit Bunga (penulis pernah membuat liputan di situ pada 1997) yang mendekatkan Melaka dan tiada tol itu, nyata amat menyenangkan kerana lengang. Apa pun, setibanya di rumah semula jam 5.30 petang, penulis masih segar. Ia didorong oleh faktor keselesaan yang ada pada Nissan Murano ini.

Varian terbaru yang dipandu uji ini ialah Nissan Murano 3.5L X-CVT yang jelas dipasarkan dalam segmen kenderaan mewah disebabkan kapasiti enjinnya yang besar iaitu 3.5 liter. Ia juga membezakan model yang dijual oleh pengimport bebas iaitu varian sebelum ini yang hanya berkapasiti 2.5 liter.

Generasi kedua Murano merupakan model crossover premium Nissan yang menawarkan cita rasa sporty yang dipertingkatkan dan jaminan prestasi pemanduan yang lebih senyap dan ruang dalaman yang lebih selesa yang sarat dengan ciri-ciri kemewahan.

Penggayaan luaran Murano ini telah digambarkan sebagai sebuah hasil seni arca moden. Dengan potongan reka bentuk yang bersih, Murano memaparkan elemen kekuatan dan keteguhan yang menggambarkan daya kesempurnaan dan tahap keasyikan yang berkekalan.

Dengan rupa yang baru, peningkatan prestasi, ciri-ciri inovatif dan gaya luaran yang memikat hati, Murano ini adalah evolusi penting kepada keaslian bagi memulakan sesuatu trend.

Tatkala gaya luaran Murano menarik pandangan, reka bentuk dalamannya disaluti kemewahan sepenuhnya. Digambarkan sebagai sebuah suite di atas roda, kabin pelbagai fungsi Murano adalah luas, dengan kedudukan pemisahan 60/40 apabila kerusi belakang dilipat secara automatik, kapasiti ruang but meningkat kepada 838 liter.

Seperti model sebelumnya, elemen tunjang kepada Murano baru ini ialah enjin gabungan transmisi dan chasis yang dilengkapi enjin VQ35DE V6 Nissan yang berkuasa. Ia dipasang dengan gear Xtronic CVT (Continuously Variable Transmission) dan D-platform. Enjin VQ35DE telah mencatat kuasa output yang dipertingkatkan dan kecekapan bahan api (9.3km/L dengan mode 10-15 JP) menerusi pengurangan gangguan.

Enjin ini merupakan antara pemenang dalam siri enjin VQ Nissan menghambur 260ps dan 336 Nm dengan kejituan yang lancar. Oh ya, enjin ini digunakan juga pada Nissan Fairlady. Jadi, bayangkan keupayaan memecutnya! D-platform Nissan membantu mengoptimumkan keseimbangan antara pemanduan yang rata, pengendalian baik dan kestabilan sebuah crossover premium.

Sistem pemanduan semua roda All Mode 4x4-i dan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) memastikan keupayaan mengambil selekoh dengan lancar dan pengendalian yang stabil di atas permukaan licin dengan memantau putaran roda dan menyesuaikannya dengan kuasa terjahan di depan atau belakang bagi pemanduan yang seimbang.

Di Amerika Syarikat iaitu pasaran utama bagi Nissan Murano, ia telah meraih anugerah Pilihan Keselamatan Paling Tinggi daripada Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh raya (IIHS) pada 2008. IIHS mengiktiraf Nissan Murano sebagai kereta terbaik keseluruhan bagi perlanggaran depan, sisi dan belakang semasa ujian penilaian. Selain itu, Murano dipandu dengan selamat menggunakan roda aloi 18 inci dan keselamatan aktif dicapai menerusi ABS, EBD dan Bantuan Brek (BA).

Ciri-ciri teknologi yang lainnya termasuklah memori kerusi, dua cermin bumbung kaca bergaya dan kamera belakang bagi memastikan pemandu dan penumpang diselubungi dengan kemodenan, keselesaan, inovasi dan keselamatan.

Harga jualan bagi Nissan Murano ialah bermula dari RM318,200 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran-yuran pendaftaran lain yang terlibat. Kedua-duanya didatangkan dengan waranti tiga tahun atau 100,000 km.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.