VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 14/04/2010

KPYPJ buat pengambilan pelajar baru 12 Mei ini

JOHOR BAHRU 13 April – Kolej-kolej Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) akan mula mengambil pelajar baru bagi sesi Jun dan Julai 2010 pada 12 Mei ini.

Pengambilan tersebut melibatkan kursus-kursus Diploma Pengurusan Perhotelan dan Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari di Institut Hospitaliti YPJ Taman Tampoi Utama di sini.

Seterusnya, pengambilan pelajar akan dilakukan pada 31 Mei, melibatkan program-program diploma Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kolej Islam Johor iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Pra Perdagangan serta program-program diploma Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu Perbankan Islam dan Hiasan Dalaman.

Pengurus Perhubungan Awam KPYPJ, Zaid Zain berkata, Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat yang terkenal sebagai kolej senireka fesyen KPYPJ akan memulakan pengambilan pelajar baru pada 14 Jun ini.

Katanya, ia membabitkan kursus-kursus peringkat sijil Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang terdiri daripada Pembuat Pakaian Wanita, Pembuat Pakaian Lelai dan Juruteknik Elektrik.

“Pengambilan pada 21 Jun melibatkan Kolej Komuniti YPJ Segamat yang menawarkan kursus-kursus JPK iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Sistem Komputer, DKM Sistem Maklumat serta Sijil Artis Multimedia Visual dan Multimedia Animasi.

“Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru di Kampung Ungku Mohsin pula membuat pengambilan pada 28 Jun ini melibatkan kursus-kursus Sijil Mekanik Kenderaan Motor, Sijil Penyediaan Makanan, Sijil Juruteknik Elektrik dan Sijil Pembantu Penyedia Pastri,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Kolej Kejuruteraan KPYPJ, Institut Teknologi Perindustrian YPJ (ITPYPJ) membuat pengambilan pelajar baru pada 12 Julai ini.

Zaid berkata, ia melibatkan program-program diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik), Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat), Diploma Teknologi Elektronik (Industri), Diploma Teknologi Mekanikal (Lukisan Rekabentuk), Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) dan Diploma Teknologi Senibina.

Menurutnya, turut ditawarkan adalah Sijil Juruteknik Elektrik Industri dan Sijil Pelukis Pelan Senibina yang kedua-duanya merupakan program JPK.

Katanya, pada sesi pengambilan Jun dan Julai 2010 ini, KPYPJ menyasarkan kemasukan seramai 1,005 pelajar baru dan memberi potongan sebanyak 50 peratus bagi yuran pendaftaran pengajian kepada semua pelajar baru yang mendaftar bagi sesi kali ini.

Selain itu, menurutnya, turut ditawarkan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan dan Insurans Kematian sehingga RM25,000 secara percuma.

Beliau berkata, pinjaman oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mara dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) turut disediakan kepada para pelajar yang layak.

Maklumat lanjut mengenai kursus dan pengambilan pelajar baru boleh dirujuk ke Unit Pemasaran dan Rekod KPYPJ di talian 07-2415994 atau 07-2415184.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.