VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 13/04/2010

Rumah panjang baru Bidayuh


REKA bentuk Galeri Muzik Dunia yang baru di Kampung Budaya Sarawak di Santubong, Kuching.


KUCHING 12 April - Rumah panjang Bidayuh bertingkat yang menganjur ke atas bukit dan sedang dalam pembinaan akan menjadi tarikan baru kepada pelancong di Kampung Budaya Sarawak.

Pembinaan rumah panjang berkenaan terkandung dalam Projek Menaik Taraf dan Penambahbaikan Kampung Budaya Sarawak di bawah peruntukan RM5 juta daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Projek menaik taraf tersebut turut membabitkan pembinaan Barok, Galeri Muzik Dunia, Persada Ilmu dan 'The Tea Garden'.

Penyelaras projek berkenaan, Narawi Rashidi berkata, Rumah Panjang Bidayuh baru itu akan dibina di kawasan belakang rumah panjang kaum tersebut yang sedia ada sekarang.

Menurutnya, rumah panjang yang lama akan diroboh setelah rumah panjang baru siap sepenuhnya pada November ini.

''Rumah panjang baru itu akan dibina bertingkat menganjur ke bahagian bukit dan kita ketika ini sedang melakukan kajian terhadap tapak tanah di kawasan berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Narawi berkata, turut dibina di sebelah rumah panjang itu adalah barok berbentuk lapan segi yang reka bentuknya lebih menyerupai barok masyarakat kaum Bidayuh dari kawasan Serian berbanding sekarang yang berbentuk bulat milik masyarakat Bidayuh dari Opar, Bau.

Katanya, barok lama akan dikekalkan dan akan dijadikan pusat pengumpulan atau jualan kraf tangan milik kaum tersebut.

Sementara itu, jelasnya, Persada Ilmu pula akan dibina di bawah Dewan Legenda dan berfungsi sebagai pusat kemahiran ilmu apabila siap kelak.

''Kampung Budaya Sarawak juga akan memiliki Galeri Muzik Dunia yang menempatkan pelbagai pameran, peralatan serta aktiviti yang berkaitan dengan muzik termasuk mengenai kumpulan Tuku' Kame'.

''Turut diperuntukkan dalam projek tersebut ialah pembinaan 'The Tea Garden' untuk pengunjung bersantai di samping menggunakan peruntukan yang ada untuk membaiki kerosakan kecil yang ada di sini," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.