VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 12/04/2010

Kepelbagaian kaum, budaya aspek penting masyarakat Malaysia - Rosmah

12/04/2010 11:38am

WASHINGTON 12 April - Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek penting dalam masyarakat di negara ini, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, ini adalah identiti rakyat negara, imej, selain kekuatan yang sebaliknya, menyediakan asas yang kukuh untuk kejayaan politik, sosial dan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Festival Wajah-wajah 1Malaysia anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di bangunan National Geographic Society di sini, semalam.

Festival dua hari itu bertujuan mempromosi makanan kegemaran di Malaysia, lagu-lagu dan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, dilengkapi dengan demonstrasi kraftangan serta promosi pelancongan.

Duta Esther Coppersmith mewakili kerajaan Amerika Syarikat hadir pada majlis itu, yang digelar sebagai “Lambang persahabatan antara dua negara.”

Mengenai festival Wajah-wajah 1Malaysia yang julung kali diadakan, Rosmah berkata, selain memaparkan kekayaaan warisan tradisi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang sungguh istimewa, festival itu turut membuktikan keakraban, persahabatan dan kesetiakawanan Malaysia-Amerika Syarikat. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.