VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/04/2010

SimplySiti, kemunculan Siti Nurhaliza tarik lebih 2,000 pengunjung


Siti Nurhaliza mempromosikan produk terbaru keluarannya SimplySiti di Kuantan Parade di sini semalam.


KUANTAN 11 April - Kemunculan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin sempena mempromosikan produk kecantikan SimplySiti di ruang legar pusat beli-belah Kuantan Parade di sini petang ini memukau lebih 2,000 pengunjung yang berasak-asak memenuhi setiap penjuru.

Kebanyakan pengunjung yang terdiri daripada wanita, tidak melepaskan peluang mendapatkan produk kecantikan itu, selain beramah-mesra dengan Siti Nurhaliza yang ditemani oleh suami, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Pada majlis itu, Siti Nurhaliza mendendangkan lagu tema SimplySiti iaitu Rahsiaku Milikmu selain menyampaikan hadiah kepada pembeli bertuah dan menyolek seorang pengunjung istimewa, iaitu Nurul Hana Ishak, 11.

Siti Nurhaliza ketika ditemui selepas itu berkata, beliau memilih Kuantan sebagai destinasi pertama promosi bergerak SimplySiti sebagai penghormatan kepada penduduk di Pahang yang sentiasa memberi dorongan kepadanya.

Katanya, beliau amat berbangga dengan sambutan menggalakkan orang ramai sepanjang promosi diadakan bermula Rabu lalu.

Beliau turut mengakui, sambutan menggalakkan terutama daripada peminatnya menyebabkan ada produk yang telah kehabisan stok di pasaran.

"Responsnya sangat-sangat memuaskan, sampai ada yang telah kehabisan stok. Ada yang cari sampai marah-marah bila lipstik yang mereka mahu sudah habis.

''Alhamdulillah ini petanda baik dan saya harap ia sampai bila-bila," katanya.

Menurut Siti Nurhaliza, promosi atau roadshow SimplySiti akan diteruskan ke Seberang Prai selepas ini dan beberapa destinasi lain yang telah dikenal pasti.

Mengenai pembukaan rangkaian jualan, katanya, pada masa ini produk kecantikan SimplySiti boleh didapati di semua kedai Watson dan kemungkinan di pasar raya Jusco serta JB Sentral tidak lama lagi.

Jelasnya, beliau juga sedang memikirkan kaedah untuk memasarkan produk itu di daerah kelahirannya Lipis bagi memberi peluang masyarakat di sana berkongsi kegembiraan menggunakan produk kecantikan tersebut.

"Yang paling buat saya puas hati apabila memberi produk yang terbaik kepada orang ramai.

''Harapan saya, produk ini dapat memenuhi kehendak wanita yang ingin berketerampilan menarik dan kena dengan masa dan keadaannya," katanya.

Sementara itu, Nurul Hana, murid Sekolah Kebangsaan Teruntum di sini berkata, dia sangat gembira dan teruja apabila disolekkan oleh Siti Nurhaliza.

"Sangat gembira dan berasa seronok," katanya yang hadir ke promosi tersebut bersama emak saudaranya.

Bagi pembeli bertuah, Nurul Mimi Azlinda Yusoff, 19, pula, dia datang ke pasar raya itu untuk membeli kosmetik.

''Kebetulan promosi SimplySiti diadakan dan saya terus mencuba dan membelinya.

"Harganya pun berbaloi dan bila pakai ia nampak sesuai dengan saya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.