VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 10/04/2010

Pergaulan bebas punca hubungan seks, buang bayi

KEMPEN Kami Prihatin sudah dilancarkan Khamis lalu di tempat awam iaitu KL Sentral, Kuala Lumpur. Ramai yang datang memberi sokongan. Kebetulan kempen berlangsung waktu petang ketika pusat perkhidmatan pengangkutan awam LRT, komuter, kereta api, ERL dan bas itu sesak dengan orang ramai.

Kempen Kami Prihatin dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Asto dan Karyawan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang gejala buang bayi dan penderaan kanak-kanak yang semakin serius.

Sejak kempen Kami Prihatin digerakkan, kurang kita membaca laporan tentang penderaan dan pembuangan bayi. Kali terakhir ialah pada 30 Mac lalu apabila tiga lagi kes buang bayi berlaku.

Kes pertama, penemuan janin bayi di hadapan sebuah tokong di Jinjang, Kuala Lumpur, diikuti kes seorang bayi ditinggalkan kepada seorang wanita di Ipoh, Perak dan mayat bayi tersangkut di Sungai Pasir di Kuantan, Pahang.

Apa sudah jadi dengan segelintir masyarakat di negara ini? Begitu mudah anugerah Tuhan itu diperlakukan seperti sampah, dibuang apabila kehadirannya tidak diperlukan.

Pelbagai cadangan disuarakan, antaranya saranan supaya masyarakat dididik melalui media, elak daripada menghina wanita yang hamil anak luar nikah dan empat kaedah iaitu advokasi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan untuk menangani gejala sosial ini.

Semua usaha ini menggambarkan masyarakat kini sudah tidak tahan lagi melihat kes-kes penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi. Cukuplah kita sedih membaca kisah kematian adik Syafiah Humairah Sahari dan penemuan mayat bayi dengan tangannya digonggong anjing.

Apa yang tidak kena dengan institusi kekeluargaan ketika ini? Penulis ingin mengambil contoh kes seorang remaja perempuan yang baru berusia 15 tahun melarikan diri mengikut teman lelakinya.

Remaja perempuan ini dikatakan pelajar cemerlang sudah berkeras untuk berkahwin dengan teman lelakinya, walaupun dia masih di bawah umur.

Dia juga tidak mahu pulang ke pangkuan keluarga dan bertekad untuk meneruskan bahtera hidupnya dengan teman lelakinya. Cuba kita bayangkan apa akan berlaku jika niat remaja ini untuk berkahwin terus ditentang.

Dalam zaman serba moden ini, teknologi canggih seperti Internet dan telefon bimbit tidak dapat menghalang pasangan remaja daripada mengatur temu janji.

Remaja yang ada sekarang bukan seperti remaja suatu ketika dulu. Jika dulu, umur 15 tahun sudah berkahwin dan mampu menguruskan rumah tangga. Mereka juga tidak bergaul terlalu bebas dan tiada kemudahan teknologi yang canggih untuk bertemu secara sulit.

Remaja kini lebih terbuka. Sering didedahkan dengan pengaruh yang tidak sihat oleh budaya Barat.

Tanyalah remaja perempuan atau lelaki yang baru memasuki sekolah menengah. Adakah mereka tahu apa itu video lucah. Sudah tentu ada di antara mereka yang akan menyatakan ya.

Kita tidak boleh menghalang semua ini, kerana inilah generasi remaja yang ada sekarang di negara kita. Perlu diingat - bukan semua, tetapi hanya segelintir.

Apa yang boleh dilakukan adalah masyarakat perlu mendidik anak-anak masing-masing supaya tahu baik buruknya pergaulan bebas tanpa batasan.

Tidak salah jika ibu bapa mengajar pendidikan seks kepada anak masing-masing. Tidak perlulah dibebankan kepada guru-guru untuk mengajar di sekolah.

Pendidikan seks kepada remaja amat penting. Mereka perlu tahu apa langkah yang perlu atau tidak perlu dilakukan. Mereka perlu diajar mengawal nafsu seks.

Apa yang ingin dijelaskan di sini, jika institusi keluarga itu kukuh, ibu bapa sentiasa berdamping dan mengambil berat tentang anak-anak, sedikit sebanyak ia akan membantu mengurangkan pergaulan bebas.

Pergaulan bebas dan tanpa didikan oleh ibu bapa, menyebabkan remaja mudah terjebak dalam gejala sosial. Sekali terjebak, di situlah mudahnya berlaku persetubuhan haram dan hamil luar nikah. Jika gadis mengandung, maka akan berlaku pula kes pembuangan bayi. Dan jika bayi itu dipelihara, tidak mustahil dia akan menjadi mangsa penderaan pula.

Kita tahu di mana punca masalah ini, jadi hindarinya daripada awal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.