VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 09/04/2010

Realisasikan Komuniti ASEAN


Najib Tun Razak bersama ketua-ketua negara ASEAN bergandingan tangan tanda sepakat pada perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-16 di Pusat Konvensyen Nasional di Hanoi, semalam. – BERNAMA


HANOI 8 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan negara-negara ASEAN perlu menterjemahkan segala keputusan yang telah dicapai oleh pertubuhan itu bagi merealisasikan impian mewujudkan Komuniti ASEAN menjelang 2015.

Selaras dengan tema Sidang Kemuncak ASEAN kali ini ‘Ke Arah Pembentukan Komuniti ASEAN: Daripada Wawasan Kepada Tindakan’ Najib berkata, negara-negara ahli perlu bertindak selaras dengan apa yang telah ditetapkan termasuk mengiktiraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN.

Menurut beliau, ada beberapa negara ahli termasuk Malaysia yang belum mengiktiraf beberapa keputusan yang dicapai sebelum ini.

‘‘Setiap negara perlu memberi perhatian kepada tiga tonggak utama bagi merealisasikan pembentukan Komuniti ASEAN iaitu politik, ekonomi dan sosiobudaya.

‘‘Hasrat untuk menjadi sebuah komuniti akan menjadi kenyataan jika setiap negara melaksanakan usaha itu,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-16 di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, banyak lagi tindakan yang perlu diambil termasuk dari aspek strategi komunikasi bagi membolehkan rakyat rantau ini dan dunia luar memahami maksud Komuniti ASEAN ini.

Selain itu kata beliau, aspek hubungan infrastruktur seperti landasan kereta api, hubungan udara serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga perlu dipertingkatkan bagi memudahkan pergerakan rakyat dan tidak ada sekatan.

Antaranya kata Perdana Menteri, ialah pembangunan projek landasan kereta api Singapura-Kuoming dan landasan kereta api berkembar di Malaysia yang masih belum siap.

Mengenai perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Vietnam Nguyen Tan Dung hari ini, Najib berkata, Vietnam melahirkan rasa puas hati terhadap penyertaan dan pelaburan sektor swasta dalam pembangunan negara itu.

Katanya, dari segi pelaburan Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi melabur di Vietnam dan turut terlibat dalam projek-projek besar dan ikonik, antaranya pembinaan dua buah hotel terkemuka serta projek janakuasa elektrik menggunakan arang batu.

‘‘Tan Dung juga mahu hubungan dan kerjasama dua negara diperluaskan kepada soal-soal berkaitan politik, keselamatan, tenaga kerja dan persefahaman berhubung tuntutan bertindih di Laut Cina Selatan.

‘‘Malaysia dan Vietnam juga mungkin mengadakan rondaan berselaras di kawasan tuntutan bertindih itu,” katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.