ARKIB : 06/04/2010
“Buku resepi” cara proses dadah di rumah sewa pelakon
KUALA LUMPUR 6 April – Polis menemui sejumlah peralatan untuk memproses dadah yang dipercayai disembunyikan oleh seorang pelakon dalam sebuah setor berkunci di tingkat 10 sebuah kondominium di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, polis turut merampas ”thumbdrive” yang mengandungi ”buku resepi” memproses dadah jenis syabu atau nama kimianya methamphetamine, serta beberapa video mengenai cara-cara membuat dadah jenis itu.
"Selepas penahanan suspek pada 25 Mac lalu, polis menemui sejumlah peralatan seperti balang-balang kaca, silinder, penunu bunsen dan mesin pengisar yang disembunyikan di kondominium tersebut.
"Penemuan pada 31 Mac itu hasil daripada pengakuan suspek sendiri. Suspek yang menyewa sebuah rumah bersama isterinya di tingkat enam, menunjukkan tempat dia menyembunyikan peralatan tersebut yang disimpannya dalam dua kotak di tingkat 10,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muhammad Sabtu berkata, polis percaya ada lagi individu yang terlibat sama dan sedang disiasat.
Beliau berkata, polis akan memajukan laporan siasatan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menteri sendiri akan membuat keputusan sama ada akan menghantar suspek ke Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam atau Muar selama dua tahun. – Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









