ARKIB : 04/04/2010
Usahawan Singapura minat melabur di Iskandar Malaysia
![]() |
|
NUR Jazlan Mohamed (enam hadapan kanan) bersama delegasi Majlis Belia Kebangsaan Singapura sebelum menaiki Danga Cruise 8 untuk melihat kawasan Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan, Johor Bharu, semalam. -BERNAMA |
JOHOR BAHRU 3 April - Sekumpulan 15 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Singapura berminat melabur dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan pesisir pantai berbentuk pelancongan dan perkhidmatan di Iskandar Malaysia.
Minat tersebut dinyatakan oleh rombongan mereka selepas meninjau peluang pelaburan dan perniagaan di wilayah tersebut anjuran Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed dengan kerjasama Majlis Belia Kebangsaan Singapura (NYC) di sini hari ini.
Pengarah Gardenasia Pte. Ltd., Eng Tok Ching Kenny yang mengetuai rombongan berkenaan berkata, terdapat pelbagai peluang pelaburan menarik di wilayah tersebut antaranya terlibat dalam projek waterfront dengan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.
"Peluang pelaburan dan perniagaan di Iskandar Malaysia sentiasa banyak tetapi sebelum ini kami kurang mengetahuinya, maka hari ini kami dapat melihat dengan lebih dekat peluang-peluang ini," katanya yang juga Ahli Majlis NYC.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Nur Jazlan di Danga Bay selepas melawat dan meninjau peluang perniagaan serta pelaburan di Iskandar Malaysia di sini hari ini.
Program itu bertujuan meningkatkan jaringan perniagaan dan membuka peluang-peluang baru pelaburan di Iskandar Malaysia.
Usahawan-usahawan berkenaan terdiri di kalangan pemilik syarikat-syarikat IKS Singapura dalam pelbagai sektor perniagaan.
Turut hadir 15 ahli perniagaan tempatan.
Kenny memberitahu, kerjasama ahli perniagaan Malaysia dan Singapura amat penting kerana ia boleh melonjakkan peluang perniagaan termasuk dalam projek waterfront di Selat Tebrau dan sebagainya.
Contohnya, katanya, Amerika Syarikat yang bekerjasama dengan Kanada untuk bersama-sama membangunkan air terjun Niagara Fall telah berjaya menjadikan lokasi tersebut sebagai produk pelancongan indah dan popular di dunia.
"Kerjasama seperti ini juga boleh dilakukan antara usahawan Malaysia dan Singapura di Iskandar Malaysia.
"Kami di Singapura juga mempunyai banyak kelebihan dan bakat dalam bidang ini," katanya sambil memberitahu lawatan hari ini amat bermanfaat bagi mereka,'' katanya.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan jenis pelaburan tersebut secara terperinci kerana lawatan tersebut hanya bersifat memberi pendedahan awal.
Sebelum itu, Nur Jazlan berkata, usahawan-usahawan IKS tersebut juga lebih tertumpu kepada pelaburan dalam projek-projek sokongan seperti pembersihan, pengangkutan awam dan perkhidmatan.
Menurutnya, bagaimanapun, kerjasama tersebut penting sebagai melengkapkan pelaburan lain antara kedua-dua negara yang menikmati hubungan dua hala yang cukup erat.
Mengenai lawatan berkenaan, beliau berkata, ia memberi peluang kepada usahawan tempatan bertukar pandangan dan idea serta berkongsi pengalaman termasuk mewujudkan peluang kerjasama dalam perniagaan baru di Wilayah Iskandar.
"Ini membolehkan jaringan perniagaan usahawan tempatan menembusi pasaran global disebabkan keadaan di Singapura yang mempunyai ramai syarikat gergasi multinasional dan pemain-pemain ekonomi bertaraf global," jelasnya.
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Asap, bau masakan tidak halal
Tubuh pusat latihan kemahiran di Tanjung Bin
Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










