VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 31/03/2010

Siti bergelar ahli perniagaan


Siti Nurhaliza bersama model-model yang memperagakan produk kecantikan SimplySiti pada majlis pelancaran produk itu di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Mac - Selepas 15 tahun bergelar anak seni, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini mengorak langkah sebagai seorang ahli perniagaan pula.

Kelahiran produk kecantikan pertamanya, SimplySiti membuktikan penyanyi itu benar-benar serius dalam bidang perniagaan.

Malah, Siti juga memberitahu perniagaannya itu dianggap sebagai jaminan untuk masa depan seandainya dia tidak lagi bergelar penghibur kelak.

"Alhamdulillah, selepas 15 tahun memasang impian ini, akhirnya terlaksana juga untuk saya memiliki produk kecantikan atas nama saya sendiri.

"Saya yakin produk ini akan mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana produknya dihasilkan menepati piawaian yang ditetapkan serta mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata Siti sewaktu ditemui pada majlis pelancaran SimplySiti di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

SimplySity dizahirkan atas inisiatif Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan dua orang rakan kongsi mereka yang turut hadir ke majlis berkenaan.

Sebagai permulaan, syarikatnya hanya mengeluarkan produk penjagaan muka dan kosmetik yang merangkumi semua jenis alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan maskara.

Jelas Siti, dia mahu melihat sambutan yang diberikan terhadap dua produk ini terlebih dahulu sebelum memasarkan barangan yang lain pula.

"Memang pihak kami mempunyai perancangan yang besar untuk SimplySiti dan sudah pasti akan mengeluarkan pelbagai produk lagi selepas ini.

"Antaranya ialah penjagaan luaran dan dalaman untuk lelaki dan wanita serta besar kemungkinan rangkaian minyak wangi juga," ujarnya yang akan sibuk sepanjang tahun mempromosikan produknya itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.