VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 23/03/2010

Malaysia ke separuh akhir badminton Remaja Asia

KUALA LUMPUR - Malaysia meneruskan kempen untuk mempertahankan kejuaraan berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia bawah 19 tahun dengan melangkah ke separuh akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Walaupun merehatkan beberapa pemain utama, pasukan negara tidak menghadapi masalah untuk membenam Hong Kong 5-0, sekali gus mara selaku juara Kumpulan B.

Malaysia yang mencatat kemenangan selesa 5-0 ke atas Uzbekistan dalam perlawanan pembukaan kelmarin, kini akan berdepan Thailand.

Semalam, pasukan negara nyata bukan tandingan Hong Kong apabila sudahpun mengesahkan kemenangan ketika dua perlawanan terakhir belum berlangsung.

Beregu campuran, Ow Yao Han Lai Pei Jing, perseorangan lelaki, Loh Wei Sheng dan perseorangan perempuan, Sonia Cheah meletakkan pasukan negara selesa mendahului 3-0.

Yao Han-Pei Jing hanya memerlukan 22 minit ketika menumpaskan Tam Chun Hei-Yuen Sin Ying 21-6, 21-12 untuk menghadiahkan mata pembukaan, sebelum Wei Sheng melebarkan kedudukan 2-0 denga menang mudah 21-18, 21-9 ke atas Ng Ka Long dalam masa 28 minit.

Selepas direhatkan dalam saingan pembukaan kelmarin, pemain remaja No. 1 negara, Sonia kembali ke gelanggang dengan bersemangat apabila mengesahkan kemenangan Malaysia dalam masa 22 minit menerusi kemenangan 21-13, 21-10 ke atas Tsang Wing Chiu.

Baki dua perlawanan berlangsung agak sengit meskipun hanya untuk melengkapkan jadual. Beregu lelaki, Ow Yao Han-Ywe Hong Kheng dipaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan Ng Ka Long-Lee Chun Hei 21-16, 22-24, 21-17.

Pasangan perempuan, Lai Pei Jing-Shevon Jemie juga mengharungi aksi sengit ketika menundukkan Yeung Yik Kei-Shek Hiu Yiu 21-17, 20-22, 21-14 untuk melengkapkan kemenangan besar 5-0 Malaysia.

Turut meneruskan cabaran gergasi badminton dunia, China yang tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke separuh akhir selepas membenam Singapura 5-0 dan muncul juara Kumpulan A, menanti China pada separuh akhir adalah Indonesia, yang mengalahkan Korea 3-0.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.