VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/03/2010

Kes rakyat Kelantan kahwin warga asing meningkat

KOTA BAHARU 21 Mac - Jumlah rakyat Kelantan sama ada lelaki atau wanita yang berkahwin dengan warga asing didapati meningkat setiap tahun dengan warga Thailand dan Indonesia menjadi pilihan utama.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Che Bahrom Hamzah berkata, melalui rekod pihaknya, seramai 4,342 orang lelaki dan wanita Kelantan berkahwin dengan warganegara asing pada 2007 dan 4,971 orang pada 2008.

Pada tahun lepas pula, 4,804 kes dilaporkan, katanya kepada Bernama.

"Walaupun jumlah perkahwinan menurun tahun lalu, namun ia hanya sedikit dan masih menunjukkan rakyat Kelantan meminati pasangan hidup daripada warganegara asing," katanya.

Che Bahrom berkata, warga Thailand dan Indonesia menjadi pilihan kerana selain soal rupa paras yang dimiliki wanita asing, kemungkinan faktor kedudukan negara yang berjiran dan berhampiran turut menjadi puncanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes perkahwinan wanita Kelantan dengan lelaki asing lebih banyak menimbulkan risiko ekoran terdapat warga asing yang semata-mata mahu mendapatkan taraf kerakyatan negara ini.

"Walaupun bukan merupakan kes tertinggi, tetapi banyak kes yang dilaporkan berlaku di mana lelaki warga asing menghilangkan diri selepas tiga bulan berkahwin.

"Ini berlaku apabila lelaki asing yang muda berkahwin dengan wanita tempatan yang sudah berusia di mana apabila perkahwinan sudah mencecah tiga bulan dan lelaki asing berjaya memiliki taraf kerakyatan, dia akan terus menghilangkan diri," katanya.

Che Bahrom berkata, terdapat juga kes warga asing pulang ke negara asal mereka apabila berlaku pergaduhan suami isteri.

"Mereka akan meninggalkan isteri atau suami tempatan mereka," katanya.

Namun beliau berkata, ramai juga perkahwinan rakyat tempatan dengan warga asing kekal bahagia. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.