VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 18/03/2010

Pameran kereta klasik F1

KUALA LUMPUR - Bahang Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia semakin terasa apabila buat julung-julung kalinya jentera klasik sukan berprestij tersebut era 70-an sehingga awal 90-an dipamerkan di pusat membeli belah terkemuka, Pavilion, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali berkata, ia satu peluang terbaik buat peminat sukan di negara ini melihat dari dekat kereta yang pernah beraksi pada suatu masa dahulu.

Katanya, peluang tersebut bukan satu yang mudah diperoleh di negara ini, kerana ia melibatkan banyak perkara untuk diuruskan bagi membawa masuk kereta lumba klasik tersebut.

"Kenderaan F1 ini adalah milik orang persendirian dan kemasukannya ke sini adalah rumit serta memerlukan banyak kerjasama daripada pelbagai pihak.

"Malah kos untuk membawa masuk kenderaan tersebut ke negara ini adalah sangat tinggi dan pameran ini pada mulanya tidak berada dalam perancangan SIC.

"Namun, dengan kerjasama Malaysian Airline System (MAS) dan Malaysia Airports Bhd. (MAB), SIC berjaya membawa masuk tujuh buah kereta klasik ke negara ini.

"Ini adalah kali pertama SIC berjaya membawa masuk kereta klasik F1 ini ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lima buah kereta klasik tersebut telah pun dipamerkan di Pavilion dan SIC juga akan membawa dua buah lagi jentera F1 itu ke pusat membeli belah tersebut.

Katanya, lima buah jentera F1 yang telah pun berada di pusat membeli belah tersebut adalah Benetton B192, Ensign N180, March 811, Tyrell 012/3 dan Lotus 99T.

Tambahnya, dua buah lagi jentera yang akan di bawa dari Litar Antarabangsa Sepang untuk dipamerkan di situ adalah Benetton B190 dan Dallara F191.

Menurut beliau, kesemua kenderaan tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2 pagi semalam dan mula dibawa masuk ke Pavilion pukul 5 pagi.

Beliau berkata, pameran kereta klasik di Pavilion akan berlangsung sehingga 1 April ini, sebelum dipamerkan di Litar Antarabangsa Sepang.

Ditanya mengenai program menarik lain yang akan diberikan kepada orang ramai, Razlan berkata, SIC akan mengadakan program 'Pit Walk' yang membolehkan kanak-kanak sekolah menyaksikan secara langsung semua pasukan yang bertanding di F1.

Katanya, program tersebut adalah percuma, tetapi ia hanya berlangsung selama sejam bermula 5 petang hingga 6 petang pada 2 April ini di Litar Antarabangsa Sepang.

"Program itu dilakukan selepas semua pasukan selesai menjalani ujian bebas bagi menghadapi Grand Prix Malaysia. Jika bernasib baik, orang ramai bakal mendengar deruman enjin jentera F1 secara lebih dekat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.