VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 18/03/2010

Jimat tenaga: penggunaan lampu pijar bakal dihentikan

18/03/2010 3:06pm

PUTRAJAYA 18 Mac Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan dasar tersebut, penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan tersebut tidak akan dijual mulai 2014, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Peter Chin berkata pelaksanaan dasar tersebut akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 Watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Jan hingga 31 Dis 2011. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.