VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 18/03/2010

Program pendidikan awal berkualiti kanak-kanak


SEBAHAGIAN kanak-kanak dari Smart Reader Kids bersama (baris belakang, dari kiri) Dr. K.H Wang dan Chew Mei Fun pada majlis pelancaran Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak-Sebesar Harapan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PENDIDIKAN awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang.

Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di negara ini.

Begitu pun tidak semua kanak-kanak berpeluang memperoleh kelebihan itu terutama di kalangan mereka yang kurang bernasib baik.

Menyedari kekurangan itu rangkaian Smart Reader Kids, pusat pendidikan awal kanak-kanak terulung, baru-baru ini melancarkan Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak-Sebesar Harapan.

Pelancaran program disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kumpulan Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd., Dr. K.H Wang berkata, program tersebut bertujuan membantu memberi pendidikan prasekolah yang berkualiti kepada kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik.

"Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk mereka yang kurang bernasib baik," katanya ditemui pada majlis pelancaran tersebut.

Dimulakan sejak 2009 lagi bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat, menurut Wang, dengan adanya program tersebut, setiap sekolah akan diberikan peruntukan sebanyak RM30 sebulan untuk seorang kanak-kanak.

Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai makanan, minuman dan perbelanjaan pengurusan.

''Program ini sebenarnya telah pun dimulakan di Terengganu dan Perlis iaitu di Yayasan Diraja Sultan Mizan dan Yayasan Tuanku Syed Putra.

''Dalam usaha mengembangkan lagi program tersebut, hari ini ia dilancarkan untuk kanak-kanak di sekitar Lembah Klang dan khusus untuk kanak-kanak yang berumur tiga dan empat tahun.

''Dengan adanya program ini diharap ia dapat memberi sinar harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk mendapat pendidikan awal berkualiti seperti kanak-kanak lain,'' ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Wang lagi, kualiti pendidikan awal kanak-kanak tidak semestinya menjadi hak milik eksklusif golongan elit dan kelas atasan saja.

Sebaliknya, ia harus dibuka kepada semua kanak-kanak bagi membolehkan mereka menikmati suasana pembelajaran berkualiti.

Dengan peluang pendidikan awal berkualiti, mereka dapat meningkatkan keupayaan dari segi emosi, sosial, fizikal, kreatif dan pembangunan kognitif tanpa mengambil kira latar belakang keluarga dan taraf sosio-ekonomi.

''Ini merupakan peluang terbaik kepada semua kanak-kanak kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati suasana pembelajaran berkualiti.

''Tiada kanak-kanak di dunia ini harus dibezakan antara satu sama lain,'' katanya.

Jelas beliau lagi, program tersebut akan dikembangkan lagi ke negeri-negeri lain seperti Perak, Pahang dan Johor dan berharap agar kanak-kanak yang diberi bantuan akan mencecah sehingga 1,000 orang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.