ARKIB : 16/03/2010
Biarkan saya berehat – Azean
KUALA LUMPUR 15 Mac – “Tolonglah. Biarkan Kak Yan berehat. Sejak Khamis lalu, Kak Yan tidur tak lena. Kepala dan badan teramat sakit. “Kak Yan tak mahu sakit lama Kak Yan (kanser) berulang.”
Demikian rayu dramatis terkenal, Azean Irdawaty tau Kak Yan yang meminta semua pihak agar tidak mengganggunya dengan bertanyakan tentang berita penangkapan anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau Benjy.
Kata Azean, apa yang dilaluinya ketika ini ibarat ‘mimpi ngeri’ dan dirinya masih terlalu lemah untuk berbicara mengenai Benjy.
“Kak Yan tidak mahu stres. Bukan Kak Yan mengelak (bicara tentang Benjy) kerana malu atau takut.
“Cuma Kak Yan tidak mahu ambil risiko,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Pada 12 Mac lalu, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.
Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Benjy telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.
Ujar Azean, sebelum ini dia sudah berhabis beratus ribu ringgit untuk menjalani rawatan kanser.
“Kalau Kak Yan stres dan penyakit lama berulang, Kak Yan tidak mampu berubat lagi. Duit pun sudah habis.
“Lagipun, dada Kak Yan macam hendak pecah. Oleh itu, biarlah Kak Yan berehat dahulu. Sekarang masih lemah (untuk berbicara). Insya-Allah, mungkin sikit hari lagi,” jelasnya.
Mengenai cucunya yang berusia empat tahun iaitu anak Benjy, Firdauz Juan Khaeryll Benjamin, Azean berkata, cucunya itu sentiasa mencari dan bertanyakan mengenai Benjy.
133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan - Ahmad Zahid
Nor Mohamed Yakcop Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional
Ummu Jah dijangka didakwa atas tuduhan hidupkan Al-Arqam
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
Tindakan Rektor Kuin letak jawatan serta-merta dikesali
Nombor pendaftaran baru KL mula W1A, akhir W9999A - Hishammuddin
Citrawarna: Jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup
KDN rampas tabloid Suara Keadilan, Harakah, The Rocket
CUEPACS mahu kerajaan kaji sistem gred pasukan uniform
BN kaji fail petisyen terhadap keputusan PRU-13
Kegemilangan negara berakhir jika pemerintah lupa, alpa - Raja Nazrin
Anak Sosilawati syukur keputusan mahkamah kes bunuh ibunya
Nombor pendaftaran WYY9999 berakhir Julai
Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang mengaku tidak bersalah khalwat
Pendaki wanita termuda tawan Everest
Adam Adli didakwa di Mahkamah Sesyen
Empat dihukum gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga yang lain
Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur
Pencegahan jenayah ditingkat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









