VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 14/03/2010

RISDA cadang bantuan tanam semula getah dinaik RM10,000

14/03/2010 4:34pm

PASIR PUTEH 14 Mac Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA) bercadang akan menaikkan kadar bantuan tanaman semula getah tua daripada RM7,000 kepada RM10,000 bagi setiap hektar tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohd. Zuki Wan Mohamad berkata, bantuan tanaman semula sekarang sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar sudah tidak mencukupi berasaskan kos pengendalian semakin meningkat.

"Ini termasuk bahan-bahan import, upah tenggala, benih dan racun, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Penerangan Pembasmian Kemiskinan dan Penyampaian Bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram di sini, hari ini.

Wan Mohd. berkata, pihaknya akan memohon peruntukan daripada kerajaan dan yakin akan mendapat kelulusan memandangkan kerajaan sekarang sangat prihatin untuk membantu rakyat terutama pekebun kecil di luar bandar.

Katanya, tahun ini, RISDA memperuntukkan RM300 juta untuk pelbagai kegiatan termasuk program tanaman semula getah di seluruh negara daripada jumlah itu RM45 juta diluluskan untuk negeri Kelantan. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.