VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 13/03/2010

Program 1Azam masalah atasi miskin tegar

SAMARAHAN 12 Mac - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, isu membabitkan miskin tegar dan miskin di negara ini akan diselesaikan menerusi pelaksanaan Program 1Azam.

Beliau berkata, menerusi program itu, setiap keluarga miskin yang tersenarai dalam e-Kasih berpeluang meningkatkan pendapatan isi rumah sekali gus membantu keluarga bebas daripada paras kemiskinan.

Katanya, setiap peserta dari kalangan isi rumah miskin tegar dan miskin itu akan dikenal pasti dan dibantu berdasarkan minat dan kemahiran mereka menerusi empat komponen yang terdapat dalam Program 1Azam.

"Bagi mewujudkan kebajikan produktif, kita akan membantu keluarga ini supaya mereka boleh berdikari sekali gus berjaya membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Ini akan dilaksanakan menerusi empat komponen 1Azam iaitu Azam Kerja; Azam Khidmat; Azam Niaga dan Azam Tani," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Program 1Azam bertempat di Rumah Mujat dekat Serian kira-kira 110 kilometer dari sini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbasisasi, Datuk Seri William Mawan Ikom dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah.

Shahrizat memberitahu, buat masa ini, kementeriannya sedang dalam peringkat akhir untuk mengumumkan jumlah peruntukan yang akan disediakan bagi menjayakan program berkenaan.

Tegasnya, beliau akan memastikan jumlah peruntukan yang disediakan itu mencukupi supaya matlamat kerajaan untuk membasmi masalah kemiskinan di negara ini akan dicapai.

Selain itu ujarnya, kerajaan Pusat akan terus mengeratkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan kejayaan Program 1Azam.

"1AzamM merupakan program yang akan menentukan kejayaan kita sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab dengan mengeluarkan keluarga-keluarga ini daripada senarai miskin tegar," tegas beliau lagi.

Sementara itu Shahrizat memberitahu, kira-kira 44,000 keluarga miskin tegar di negara ini akan menjadi kumpulan pertama yang akan dibantu menerusi program 1Azam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.