VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 11/03/2010

Pusat penjagaan kanak-kanak sangat relevan


Pusat jagaan kanak-kanak perlu bagi pembentukan sahsiah peribadi anak-anak. - Gambar hiasan.


MENUBUHKAN pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja merupakan ikhtiar yang relevan dengan prinsip umum tanggung jawab korporat. Ia disebut dalam pelbagai rangka kerja agenda negara termasuk Wawasan 2020, Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang sedang dirangka.

"Dalam RMK-9, sektor awam dan swasta digalakkan membina kemudahan penjagaan kanak-kanak melalui pemberian insentif seperti geran dan rebat cukai.

"Dalam ucapan Bajet 2010, Perdana Menteri menyeru semua kementerian dan jabatan menyediakan pusat jagaan dan pusat pendidikan kanak-kanak," kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Azmi Ariffin.

Januari lalu, SSM memeterai perjanjian persefahaman dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lanjutan daripada agenda tanggung jawab korporat SSM.

Ia merupakan rancangan induk SSM dalam memperkukuhkan konsep tanggung jawab korporat di kalangan peniaga dan syarikat tempatan.

Beliau berkata, memorandum persefahaman (MoU) dengan UNICEF itu bertujuan meningkat dan mengekalkan kesejahteraan serta kebajikan kanak-kanak di negara ini.

Di bawah bidang kuasanya, SSM berusaha menggalakkan amalan tanggung jawab korporat di kalangan komuniti perniagaan. MoU tersebut menggariskan empat bidang fokus iaitu;

*Menggalakkan kesedaran mengenai isu hak kanak-kanak di Malaysia.

*Menyebar dan memantau amalan perniagaan mesra kanak-kanak.

*Menggalakkan aktiviti kemasyarakatan yang memberi fokus kepada kanak-kanak terpinggir.

*Menggalakkan penyelidikan dan kajian bagi mewujudkan penyelesaian inovatif untuk membantu kanak-kanak.

Pada masa sama, MoU tersebut menggariskan aktiviti yang akan dijalankan secara usaha sama dengan UNICEF antaranya Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (BBPC) berkaitan pengekalan dan kebajikan kanak-kanak dalam persekitaran korporat.

Edisi pertamanya, BBPC 1/2010 menyentuh garis panduan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja khusus untuk majikan sektor swasta mewujudkan pusat penjagaan bersesuaian untuk pekerja mereka.

Antara intipati BBPC 1/2010 termasuk latar belakang mengenai penjagaan kanak-kanak, garis panduan penubuhan pusat jagaan dan faedah yang bakal diperoleh seperti insentif dan rebat cukai.

"Penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja sangat relevan dalam senario persekitaran kerja hari ini, kerana bukan sahaja bapa malah ibu juga keluar bekerja.

"Bagi membolehkan ibu menyediakan persekitaran kondusif buat anak-anak, mengawasi dan berhubung dengan mereka - pusat jagaan adalah jalan penyelesaiannya," ujar beliau.

Di samping itu, ia juga menyumbang ke arah pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi yang merangkumi aspek sosial menerusi promosi persekitaran kerja mesra keluarga sekali gus memastikan tahap pembangunan anak dapat dipenuhi.

Sehubungan itu, SSM dan UNICEF memberi tumpuan kepada kesedaran lebih meluas terhadap isu hak kanak-kanak, menggalakkan aktiviti komuniti, melaksanakan penyelidikan dan pembangunan ke atas isu berkaitan.

.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.