VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 08/03/2010

Sofa lama jadi baru


Pelanggan yang datang untuk 'memperbaharui' perabot lama boleh memilih pelbagai corak yang ditawarkan.


JIKA tujuh tahun dahulu, Nor Fakira Baini Md. Yusof hanya menjadi pekerja biasa di sebuah kedai perabot mewah di Senawang, Negeri Sembilan namun beliau tangkas mara ke hadapan dan kejayaan yang diperoleh begitu membanggakan.

Dalam usia semuda 25 tahun, Nor Fakira Baini atau mesra dengan panggilan Ira kini sudah memiliki kedai sendiri yang mengusahakan kerja-kerja membaik pulih perabot dan menukar kain sofa atau upholsteri.

Kedai beliau yang dinamakan D'Thukang banyak mendapat tempahan menukar kain sofa, kerusi makan atau sebarang perabot yang berkusyen daripada kediaman, pejabat kerajaan dan swasta, hotel dan sebagainya.

Menurut wanita berdarah kacukan Cina, India dan Melayu ini, idea bagi membuka kedai upholsteri itu timbul semasa masih bekerja di kedai perabot mewah dahulu.

''Apabila pelanggan datang ke kedai untuk membeli atau melihat-lihat perabot, mereka sering bertanya jika saya mengetahui di mana mereka boleh menukar kusyen serta kain sofa,'' kata Ira semasa ditemui di kedainya yang terletak di Lavender Height, Senawang, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Beliau menambah, kini telah enam tahun D'Thukang yang diusahakan bersama-sama suaminya, Mohd. Azdi Adam, 28, dibuka dan beliau gembira kerana perniagaannya ini mendapat banyak sokongan daripada pihak kerajaan dan hotel di sekitar Seremban yang menaruh kepercayaan kepadanya menjalankan kerja-kerja upholsteri.

''Bukan setakat Seremban malah saya menerima kontrak membuat kerja upholsteri bagi hotel-hotel di Port Dickson dan Kuala Klawang. Buat masa sekarang, saya sedang menyiapkan kerja upholsteri bagi Pusat Pemantapan Akidah di Jelebu.

''Perabot yang dihantar ke sini akan dibaik pulih terlebih dahulu. Contohnya kaki kerusi yang bergoyang dan tidak stabil akan diskru terlebih dahulu. Kemudian kami akan buka kusyen lama dan gantikan dengan kusyen baru yang lebih tebal dan gebu. Bagi kerusi kayu, kami akan sapukan varnis agar nampak berkilat. Akhir sekali barulah kain sofa diganti. Ada juga pelanggan yang hendak tambah itu dan ini pada sofa dan kami akan mengikut apa yang diingini oleh pelanggan,'' kata ibu kepada seorang anak perempuan, Defni Desy Mohd Azdi, empat tahun.

Bagi memudahkan kerja-kerja upholsteri, Ira menggunakan tiga buah mesin industri yang setiap sebuah berharga lebih RM20,000 serta dibantu oleh 10 orang pekerja.

Menurut wanita yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan ini, semua jenis kerusi dan sofa boleh ditukar kusyen dan kain seperti kerusi jati, perabot Itali dan kerusi kulit.

Pelanggan boleh memilih contoh kain kusyen yang diingini. Terdapat banyak pilihan kain sama ada yang tidak bercorak, bercorak, abstrak, berbunga, berjalur dan sebagainya.

Katanya, kain-kain kusyen ini diimport daripada Belgium, Itali, Korea, China dan Indonesia dan harganya pula adalah di antara RM7 sehingga RM1,000 semeter.

''Trend sekarang adalah corak-corak abstrak atau kosong dengan warna-warna lembut seperti putih susu atau kuning emas. Corak berbunga sudah tidak begitu diminati pada masa kini.

''Terdapat juga pelanggan yang mahu menukar kain kusyen mereka daripada fabrik ke kulit atau kulit ke fabrik.

''Kadang-kadang ada pelanggan yang tidak ada idea bagi memilih kain yang sesuai. Mereka boleh membuka facebook dthukang.webs.com, bagi mendapatkan idea dan melihat perabot yang sebelum dan selepas ditukar kain. Pelanggan juga boleh emel gambar contoh sofa yang ingin dibaik pulih, bertanyakan harga kepada saya dan saya akan balas semula,'' ujar Ira yang mengambil tempoh seminggu bagi menyiapkan tempahan pelanggan.

Ira berkata, bagi meluaskan rangkaian perniagaannya, beliau membuka beberapa kiosk tempahan di Shah Alam, Klang, Damansara, Sungai Buloh, Kampung Penchala dan Kajang. Beliau turut merancang bagi membuka cawangan di Melaka pula.

Ira yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan sebagai wanita Melayu pertama di Negeri Sembilan yang membuka perniagaan upholsteri ini mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menjadi pengedar.

''Pengedar yang berjaya mendapatkan pelanggan yang ingin menukar kain kusyen sofa akan diberikan komisen. Mereka yang berminat bolehlah menghubungi saya di 019-6428918,'' ujar Ira lagi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.