VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 02/03/2010

Akhbar jawi lebih menarik


Jamil Khir Baharom menatap wajah baru akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Mac - Wajah baru akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan yang lebih padat dan segar mampu menarik minat masyarakat untuk lebih mendekati tulisan jawi dalam kehidupan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengalu-alukan wajah baru tersebut berkata, ia memberi rangsangan ke arah meningkatkan minat orang ramai terhadap tulisan warisan orang Melayu itu,

Menurutnya, melalui wajah baru itu juga ia dapat menyuntik semangat dan membentuk sifat rajin masyarakat untuk menggunakan buku dan tulisan jawi dalam kehidupan mereka.

"Tulisan jawi merupakan salah satu pintu kepada masyarakat untuk lebih mempelajari bahasa Arab.

"Apabila masyarakat mendekati dengan lebih dekat tulisan jawi, ia merupakan satu proses kepada mereka untuk lebih mendekati al-Quran," katanya ketika dihubungi.

Jamil Khir mengulas mengenai wajah baru Utusan Melayu Mingguan keluaran hari ini yang menampilkan isu penceraian yang hanya disebabkan oleh perkara-perkara remeh dan tidak sepatutnya berakhir dengan penceraian.

Akhbar jawi keluaran setiap Isnin yang disisipkan dalam akhbar Utusan Malaysia itu, hari ini tampil dengan wajah baru dan kandungan yang menarik serta lebih ceria.

Dengan lapan ruangan baru serta ruangan khas pembelajaran jawi, al-Quran dan fardu ain (J-Qaf) dan susun letak yang menarik dan lebih kemas, ia membawa tarikan baru kepada akhbar jawi tunggal di negara ini.

Justeru, Jamil Khir mencadangkan supaya Utusan Melayu Mingguan dapat mencari lebih banyak tajuk dan isu yang dapat menarik minat semua peringkat pembaca terutamanya golongan remaja.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pula menyifatkan wajah baru akhbar Utusan Melayu Mingguan begitu cantik dan menarik.

Menurut beliau, diharapkan dengan penampilan itu ia dapat menarik lebih ramai generasi muda menguasai bacaan dan penulisan 'khazanah' orang Melayu tersebut.

"Saya berbangga dengan usaha syarikat akhbar Utusan Melayu dalam memartabatkan tulisan jawi," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Che Mat memberitahu, sesetengah generasi muda tidak lagi boleh membaca jawi dan diharapkan penampilan baru ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk menguasainya.

habis...

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.