VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 September 2014 / 29 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
GOLF

ARKIB : 27/02/2010

Pemain Malaysia


DANNY Chia menjadi sandaran terbaik memberikan kejuaraan pertama buat Malaysia selepas 48 tahun.


SEJAK diperkenalkan pada 1962, kejohanan golf Terbuka Malaysia sudah silih berganti juaranya, malah sudah naik taraf dan diiktiraf bersama oleh Jelajah Asia dan Jelajah Eropah.

Namun, selepas 48 tahun, Malaysia hanya mampu berbangga dengan penganjuran cemerlang tanpa berjaya memiliki seorang pun juara tempatan.

Pencapaian terbaik pemain negara di Terbuka Malaysia adalah muncul naib juara pada 1994 menerusi P. Gunasegaran, yang kalah dalam saingan playoff menentang Joakim Haeggmann dari Sweden.

Persoalannya, adakah edisi ke-49 kejohanan yang bakal berlangsung di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC), Bukit Kiara 4-7 Mac ini akan berdepan nasib serupa?

Dengan kehadiran nama-nama besar dari Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, cubaan untuk mencari juara tempatan pertama dilihat sangat mencabar.

Kehadiran pemenang tujuh kejuaraan Jelajah PGA, K.J Choi hanya menyukarkan lagi cabaran pemain Malaysia pada kejohanan bernilai AS$2 juta (RM6.8 juta) itu.

Turut menjadi tumpuan pastinya juara dua kali, yang juga pemenang Order of Merit Jelajah Asia, Thongchai Jaidee dari Thailand.

Kehadiran penyandang juara, Anthony Kang dari Amerika Syarikat dan juara 2008, Arjun Atwal dari India menambah sengit kejohanan, malah juara Piala Ryder lima kali, Darren Clarke dari Ireland dan pemenang tempat ketiga Terbuka Britain 2009, Chris Wood dari England menghangatkan lagi kejohanan.

Bagi tuan rumah, 12 pemain profesional tempatan dan empat pemain amatur menjadi pertaruhan untuk menamatkan penantian 48 tahun.

Bintang-bintang Jelajah Asia, Danny Chia, Ian Steel, Ben Leong dan Shaaban Hussin mengetuai cabaran profesional negara bersama Airil Rizman, S. Sivachandhran, Anis Helmi, Gunasegaran, M. Sasidaran, Mohd. Sukree Othman, Akhmal Tarmizee dan Nicklaus Fung.

Empat pemain remaja, Mohd. Hisyam Abdul Majid, Gavin Kyle Green, Mohd. Iszaimi Ismail serta Able Tam pula beroleh peluang berharga berentap dengan jagoan profesional Jelajah Asia dan Eropah atas tiket amatur.

Biarpun Danny, Steel dan Ben Leong menjadi tumpuan peminat tempatan untuk menyerlah di KLGCC, namun kehadiran pemain remaja sedang meningkat seperti Hisyam, Abel dan Gavin menjadikan kejohanan kali ini cukup istimewa.

Pada usia 18 tahun, Hisyam memiliki bakat yang besar dan dilihat sebagai masa depan golf tanah air. Dia menerajui saingan amatur tempatan dan muncul juara amatur kebangsaan tahun lalu.

Gavin, 17, juga antara barisan pemain remaja terbaik negara. Pencapaian terbaiknya tahun lalu adalah menjuarai kejohanan golf amatur Tertutup Malaysia 2009, selain muncul juara Kejohanan Golf Remaja 100Plus Malaysia.

Kemampuan Able turut menjadi tumpuan selepas kejayaannya muncul juara Masters Remaja Selangor dan layak beraksi pada kejohanan profesional Selangor Masters, tahun lalu.

"Kami sangat teruja dengan barisan pemain-pemain tempatan yang beraksi pada Terbuka Malaysia tahun ini, kebanyakan mereka berbakat besar dan mampu memberikan cabaran yang sengit kepada jaguh dari Jelajah Asia dan Eropah.

"Selain meletakkan harapan kepada barisan pemain-pemain profesional utama seperti Danny, Ian, Airil atau Ben Leong, saya percaya peminat golf tanah air juga boleh mengharapkan satu aksi menarik daripada pemain amatur, yang juga pemain masa depan kita,'' kata presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Datuk Robin Loh.

Ujar Robin, selepas 48 tahun berlalu, peminat golf tempatan amat teruja untuk melihat Malaysia melahirkan juara sendiri, dan harap ia dapat direalisasikan tahun ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GlobalOne iaitu penganjur kejohanan, John Eu turut mengakui bahawa Malaysia menyenaraikan pemain paling berbakat pada kejohanan kali ini.

"Kami cukup teruja melihat senarai pemain yang dihantar oleh MGA. Saya percaya pemain tempatan mampu memberikan tentangan hebat,'' kata John.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.