ARKIB : 19/02/2010
Tarikan musim bunga di China
![]() |
|
Bunga sakura mengindahkan taman di musim bunga di China. |
BERCUTI atau melancong ke negara-negara yang mempunyai empat musim berbeza sememangnya mengujakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah merasai perubahan iklim sebegitu.
Impian menyentuh salji pada musim sejuk atau menyaksikan daun-daun berguguran pada musim luruh atau bercanda di taman yang dipenuhi bunga-bungaan pada musim bunga pasti pernah bermain di fikiran kebanyakan daripada kita.
Merealisasikan sebahagian impian itu Utusan Malaysia melalui Sisipan Mega bersama Poto Travel & Tours Sendirian Berhad menganjurkan percutian Menjejak Tembok Besar China Mega-Utusan dan Poto Travel & Tour khusus untuk para pembaca yang berminat.
Pakej pelancongan selama enam hari lima malam itu sengaja memilih tarikh 23 hingga 28 April bagi memberi peluang para peserta merasai keindahan musim bunga di negara tersebut.
Pakej tersebut ditawarkan pada minimum iaitu RM2,195 untuk dewasa dan RM1,780 (berkatil) hingga RM1,600 (tanpa katil) untuk kanak-kanak
Harga tersebut meliputi tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke Beijing, penginapan hotel, segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki tempat lawatan, makanan halal, upah pemandu pelancong, caj visa dan cukai lapangan terbang.
Menurut Pengurus Pemasaran Poto Travel & Tours, Ab. Rahim Mohd Ali, kedatangan musim bunga sentiasa ditunggu-tunggu bukan saja oleh pelancong asing bahkan rakyat China sendiri.
Sebaik bulan Mac menjengah rakyat negara itu biasanya sudah mula berkira-kira untuk 'menggantung' pakaian musim sejuk bagi menantikan kedatangan musim bunga.
Pada waktu ini dahan-dahan pokok sakura yang gondol mula ditumbuhi kudup-kudup bunga yang menanti untuk berkembang.
Menjelang April, kudup-kudup bunga berkembang serentak menjadikan suasananya begitu indah dengan bunga-bungaan pelbagai jenis mewarnai beratus-ratus taman bunga yang terdapat di negara itu.
"Sememangnya bermula dari pertengahan Mac iaitu selepas berakhir musim sejuk hinggalah berlarutan kepada bulan Mei sepanjang tempoh itu cuacanya cukup nyaman dan menyegarkan.
"Waktu ini suasana di ibu negara China, Beijing umpama satu pesta. Pengalaman ini tidak harus dilepaskan oleh para pelancong," katanya.
Kata Ab. Rahim lagi, biasanya pelancong akan teruja menyaksikan rimbunan bunga-bunga sakura yang menjadi 'bunga wajib' di taman-taman di China.
Selain itu pelancong juga tidak akan melepaskan peluang menyaksikan bunga tulip pelbagai warna terutama apabila mengunjungi Taman Botanical di Beijing.
"Kehadiran pelbagai jenis dan warna bunga memberi suasana yang cukup menakjubkan dan pastinya tidak jemu mata memandang ditambah lagi dengan cuaca yang nyaman tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas," katanya.
Bercerita lanjut mengenai lawatan tersebut, Ab. Rahim memberitahu, para peserta akan dibawa berkunjung ke Tembok Besar China serta tempat tarikan pelancong lain seperti Medan Tianamen, Kota Larangan (Forbidden City), Masjid Niujie dan Stadium Olimpik.
Selain itu, peserta juga akan dibawa berkunjung zoo panda, Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China dan Hard Rock Cafe, iaitu yang terbesar di dunia.
Peserta juga berpeluang membeli-belah di pusat sutera dan jade, Sunny Gold Street, pusat mutiara air Segar dan kilang kristal dan berlian.
"Mereka juga akan dibawa ke Pasar Yashow, Tian Ya dan Hong Qiao yang cukup terkenal di Beijing," katanya.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi terus Poto Travel &Tours di talian 03-92006640.
Kansai: 3 dalam 1
Fishing Bay Resort gamit pengunjung
Pakej pelancongan terbaik Muslim
Khao San pusat backpacker
Berjumpa lagi di Dusseldorf dan Cologne
Beca selepas 70 tahun
Kini hanya jadi produk pelancongan popular
Waris seni pertukangan beca
Hiasan cecah ribuan ringgit
Amalan khurafat jadi 'pelaris'
Nasi lemak istimewa Anggun Fusion
Keindahan Gugusan Labian
Peserta Gerbang Cinta ke China
Istanbul Aku Datang!
Ros Thaif di kelambu Kaabah
Umpama berada di alam fantasi
Enaknya Nasi Arab 3 Rasa
Seronok bercuti bersama keluarga
Percutian penuh keinsafan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










