VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 18/02/2010

Sukuk lonjak pelaburan Islam

KERANCAKAN aktiviti sukuk telah meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama penyenaraian pilihan bon-bon Islam di kalangan penerbit tempatan dan antarabangsa. Ini adalah kerana Malaysia merupakan peneraju dalam pasaran global sukuk dengan lebih 60 peratus penyenaraian dibuat di Malaysia, sekali gus menjadikannya penerbit terbesar.

Pada tahun lalu, sejumlah RM60.52 bilion sukuk global diterbitkan dan daripada jumlah itu Malaysia mencatatkan sejumlah RM28.6 bilion berbanding Emiriah Arab Bersatu (RM13.2 bilion), manakala Arab Saudi pula berada di tempat ketiga (RM9.9 bilion). Kedudukan itu hampir sama pada 2007 apabila penerbitan global pada sekitar RM92.4 bilion dan 2008 RM48.2 bilion.

Penglibatan pasaran kredit bagi majoriti negara-negara Islam yang kukuh dalam sistem perbankan Islam dikuatkan faktor struktur pengawas selia yang kukuh dan sokongan kerajaan bagi kewangan Islam. Terbitan sukuk secara amnya dilakukan oleh syarikat-syarikat multinasional, perbadanan asing dan agensi pelbagai bidang seperti perbadanan kewangan antarabangsa, Bank Dunia dan bank pembangunan Islam.

Istilah sukuk atau juga dikenali sebagai bon Islam sebenarnya berasal dari bentuk jamak dari bahasa Arab iaitu 'sakk' atau membawa maksud sijil, cek dan instrumen undang-undang. Secara ringkasnya sukuk didefinisikan sebagai sijil bernilai sama yang merupakan bukti kepemilikan yang tidak dibahagikan atas suatu aset, hak manfaat dan jasa-jasa atau kepemilikan atas projek atau kegiatan pelaburan tertentu.

Pada prinsipnya sukuk adalah obligasi atau kewajipan konvensional berupa aplikasi konsep imbalan dan tanpa faedah melalui transaksi pendasar terhadap jumlah tertentu aset yang menjadi asas penerbitan sukuk dan wujudnya akad atau perjanjian antara pihak-pihak berdasarkan prinsip-prinsip syariah yakni instrumen kewangan yang bebas riba, gharar dan judi.

Sukuk secara umumnya mempunyai keistimewaan dan faedahnya yang tersendiri di mana mampu dilonjakkan sebagai sumber pembiayaan negara dan dalam, masa yang sama mengembangkan sistem kewangan Islam dalam aspek sebagai alternatif kepada instrumen pelaburan konvensional. Sukuk juga mampu menjadi landasan terbaik ke arah perluasan dana masyarakat umum yang bebas riba.

Jualan sukuk dijangka mewujudkan lebih banyak kecairan dalam pasaran dan membantu memastikan kestabilan sumber dana-dana bagi syarikat-syarikat yang mahu membiayai semula hutang dan meluaskan operasi mereka. Peningkatan penerbitan itu akan diterajui oleh syarikat-syarikat infrastruktur dan utiliti menggunakan kupon sebagai cara memperoleh pembayaran daripada aset-aset yang disandarkan.

Terdapat beberapa jenis portfolio sukuk seperti ijarah atau sewaan melalui penyewaan hak manfaat atas suatu aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan jangka waktu yang dipersetujui bersama. Manakala Sukuk Mudharabah pula adalah persetujuan untuk bekerjasama di antara pemodal dan pelabur. Sukuk Musyarakah pula adalah medium kerjasama dua pihak dengan menggabungkan modal untuk sebuah platform pelaburan tertentu dan seterusnya Sukuk Istisna yang merangkumi kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu projek pembangunan dan produk.

Penyenaraian subhutang Islam seperti portfolio instrumen sukuk ini di Bursa Malaysia akan mengukuhkan lagi komitmen terhadap pembangunan industri kewangan Islam, dan dalam perkara ini, pasaran modal hutang Islam itu sendiri. Rejim mesra pelabur itu serta ditambah pula dengan kawal selia dan kerangka Syariah yang teguh telah menjadi platform yang sesuai bagi penyenaraian dan penerbitan sukuk. Ini membolehkan Malaysia menarik lebih 60 peratus daripada penerbitan sukuk dari seluruh dunia, menjadikan negara sebagai pusat global bagi kewangan dan pelaburan Islam.

Tidak ketinggalan juga, pembangunan pantas pasaran modal Islam bukan hanya meliputi sukuk, sebaliknya terbitan sekuriti Islam lain turut mengekalkan penguasaannya di negara kita.

Kira-kira 87 peratus sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia merupakan pematuhan Syariah dan ia melibatkan sebanyak 65 peratus daripada pasaran modal keseluruhan. Dana Islam dalam industri unit amanah juga turut melihat peningkatan yang amat memberangsangkan dan tumbuh dengan menggalakkan di mana ia kini meliputi 12 peratus daripada nilai aset bersih keseluruhan dalam industri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.