|
ARKIB : 17/02/2010 Angka korban awam dalam operasi NATO meningkat lagiMARJAH 16 Feb. - Tiga lagi penduduk awam Afghanistan dilaporkan terbunuh dalam serangan di kubu Taliban, kata pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini. Kematian dalam tiga kejadian berbeza itu berlaku selepas dua peluru Amerika Syarikat (AS) tersasar dan terkena sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Marjah, kelmarin. Seramai 12 orang terbunuh dalam kejadian itu yang separuh daripadanya kanak-kanak terbunuh dan sumber rasmi Afghanistan berkata, tiga pejuang Taliban berada di dalam rumah berkenaan ketika serangan dilakukan. Dalam dua kejadian terbaru itu, kumpulan Afghanistan yang mendekati pasukan NATO tidak mempedulikan jeritan dan isyarat tangan supaya berhenti, menyebabkan askar terpaksa menembak mereka. Dalam kejadian ketiga, dua lelaki Afghan ditangkap dalam kejadian tembak-menembak antara pemberontak dan pasukan NATO. Kedua-dua mereka yang cedera menyebabkan seorang daripadanya mati akibat kecederaan walaupun sudah diberi rawatan perubatan, kata NATO. Semalam, pejuang Taliban melancarkan serangan balas dengan askar Marin dan Afghan menyebabkan pasukan bersekutu itu berundur walaupun kerajaan Afghan mendakwa pemberontak berkenaan sudah kalah. Dalam serangan berkenaan, pejuang Taliban yang menyusup masuk di dalam kegelapan malam ke sebuah kawasan bebas senjata dan bahan letupan, kemudiannya melepaskan tembakan terhadap pasukan askar Marin, di belakang sempadan Amerika Syarikat (AS). Pada masa sama, di Marjah, pasukan Taliban kelihatan sedikit goyah sekalipun terdapat segelintir pejuang dilihat melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap askar US dan Afghan menggunakan roket, senapang dan bahan letupan bom tangan. Walau bagaimanapun, taktik gangguan dan jumlah bom jalanan digunakan selain terowong serta perangkap samar yang ditanam di seluruh Marjah berjaya membantu melemahkan pergerakan pasukan bersekutu ke bandar. - AGENSI TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Bakar al-Quran: Amerika buntu
Paderi Terry Jones ‘masih berdoa untuk ilham’ bakar al-Quran Saksi ceritakan komplot Ampatuan bunuh lawan New Zealand bergegar lagi, perintah darurat dilanjutkan Hanya 2 bilionair China sahut pelawaan Amah Indonesia campur air kencing dalam susu dipenjara Pembunuh John Lennon dinafikan parol Misi bantuan ke Pakistan masuk fasa kedua PBB tawar Malaysia tambah anggota Malbatt 2
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|