VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 15/02/2010

Iran komited banteras penyeludupan dadah

15/02/2010 2:40pm

KUALA LUMPUR 15 Feb.- Duta Iran ke Malaysia, Prof. Dr. Mohammad Mehdi Zahedi berkata, negaranya komited dalam membanteras penyeludupan dadah.

Beliau berkata, pihaknya berharap akan ada kerjasama antara Malaysia - Iran dan polis antarabangsa bagi membongkar kumpulan mafia antarabangsa yang dirasakan terlibat dalam penyeludupan dadah ke Malaysia oleh warga Iran.

Beliau yang kesal dengan penglibatan rakyat negaranya dalam penyeludupan dadah ke negara ini memberi jaminan Iran mempunyai keinginan yang kuat dan komited untuk membanteras penyeludupan dadah.

Ketika diminta mengulas mengenai penahanan beberapa rakyat Iran atas kesalahan berkaitan dadah di Malaysia sejak kebelakangan ini, beliau berkata, saban tahun, ribuan nyawa terkorban dalam usaha menentang penyeludupan dadah.

Menurutnya, terdapat laporan menunjukkan pada tahun ini sahaja 41 warga Iran ditahan di atas kesalahan itu.

Pada 8 dan 9 Februari lepas, polis menahan tujuh rakyat Iran termasuk seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Damansara dalam lima kes berasingan, serta merampas 15.5kg dadah jenis syabu bernilai RM3.9 juta.

Menurut laporan berkenaan lagi, warga asing itu memasuki negara ini sebagai pelancong dan berdasarkan dokumen perjalanan mereka ini adalah lawatan pertama ke Malaysia. Mereka telah mengambil penerbangan sambungan dari Dubai dan Bahrain. Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.