VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 14/02/2010

Fahami konsep kasih sayang dalam Islam

KITA bakal menyambut Maulidur Rasul tidak lama lagi tetapi suasana itu seakan tidak terasa jika dibandingkan dengan sambutan Hari Valentine. Jadi bagaimana untuk kita kembali pada kecintaan mutlak kepada Allah dan Rasul?

MOHD. SALAHUDDIN: Kita lihat sekarang, cara kita sambut Maulidur Rasul pun kita tidak tekankan kasih sayang. Kita banyak bercerita tentang kelahiran nabi tetapi tidak cerita tentang kehidupan Rasulullah.

Cerita kehidupan Rasulullah bersama isteri, bagaimana Rasulullah mendidik anak-anak tidak ditekankan.

Saya lihat, pengisian sambutan itu sendiri perlu diubah. Seolah-olah kini kita mendewakan Rasulullah hanya dalam masjid. Selepas habis ceramah, keluar masjid, tiada apa-apa. Islam hanya ditanam dalam masjid tetapi tiada dalam kehidupan, tiada dalam mesyuarat dan hanya ada pada tarikh tertentu.

Kita sambut Maulidur Rasul untuk menghidupkan setiap hati orang mencintai Rasulullah dan mentaati Allah SWT.

Dalam konteks ini kita lihat sebagai negara Islam, kita nak kembangkan nilai-nilai kasih sayang Islam, kita letak hadis yang menyentuh tentang kasih sayang.

Ini tidak, kebanyakan hadis yang kita letak berkaitan dengan azab, kenapa tidak kita letakkan hadis yang berkaitan dengan kasih sayang?

Kesilapan daripada kita sendiri, terlampau nak tekankan ini tak boleh, itu tak boleh. Habis, yang bolehnya mana? Kita marah orang sambut Hari Valentine tetapi apa alternatif yang kita bagi?

Begitu juga dengan aspek pendidikan, kita bebankan anak-anak kita dengan silibus yang berat. Dalam program pembinaan akhlak pula, kita asyik tekankan doa naik kenderaan, doa masuk tandas tetapi tidak pula kita tekankan tentang doa untuk wajah berseri-seri, doa untuk menenangkan hati. Itu yang perlu untuk mengisi kekosongan jiwa remaja kita.

Mereka juga seakan tiada kehidupan. Pagi ke sekolah, petang belajar agama dan malam pula ada kerja sekolah atau tuisyen. Di mana kehidupan mereka? Tidak sama dengan kehidupan kita dahulu yang balik dari sekolah masih ada ruang untuk ke sawah. Kehidupan itu ada.

Apabila kehidupan itu wujud, kita dapat terap kenangan. Kenangan itu akan mengajar kita untuk mengenal tuhan. Sayang pada Allah dan mengenal ciptaan tuhan.

Sekarang ini kita banyak kenal tuhan, kita bagi ini, Sifat 20. Terangkan satu-satu kepada budak umur enam tahun. Dia setakat hafal saja tetapi tidak kenalkan dia dengan kehidupan. Ini yang perlu diubah pendekatan kita dari aspek pendidikan.

Soalnya kita di Malaysia, kenapa kita seperti diperkatakan Dr. tadi dari aspek moralnya lebih teruk?

MOHD. SALAHUDDIN: Dalam kitab 'Asyiq' disebutkan masalah remaja bercinta biasanya terdapat masalah kekosongan jiwa, taklik buta dan dia menjauhi Allah.

Dia tak faham apa sebenarnya maksud kasih sayang dalam Islam. Sebenarnya kasih sayang dalam Islam ini merangkumi aspek yang cukup luas; Ketenangan, kemesraan... Islam mahu terapkan dan itu yang dinyatakan secara halus.

Tapi kita tidak pernah mengaplikasinya sebab kita sendiri dalam masyarakat macam nak tunjuk kasih sayang, berjalan pegang tangan pun orang dah pandang lain macam.

Kita sebenarnya telah diracuni penjajah supaya ambil budaya dia. Kalau kita ambil dari aspek sejarah, orang Melayu dulu lebih manis dengan pantun dan puisinya.

Sebenarnya orang Melayu dahulu hendak berpantun, berpandu kepada al-Quran dan hadis. Orang melayu dahulu sudah mengambil nilai kasih sayang dibawa Islam cumanya orang Melayu kini bila tengok kemajuan, anggap budaya luar ini sebagai sesuatu yang moden.

Di rumah sendiri kadang-kadang ibu bapa bertengkar depan anak, ibu bapa juga tidak tunjukkan kasih sayang, tidak tunjuk kemesraan sehingga menyebabkan anak rasa tertekan.

Ini yang menyebabkan dia cari ruang untuk cari kasih sayang. Dia tengok ada iklan hari Valentine. Ada sesetengah pihak pula melihat inilah peluang untuk mencari keuntungan di samping menyebarkan agama dia.

Sebab itu Islam melihat kasih sayang itu bermula setiap hari dalam kehidupan kita. Cuma kita perlu memikirkan bagaimana untuk menerapkannya dalam kehidupan.

Kalau kita lihat, perayaan Valentine ini berjaya walaupun peringkat awalnya dihalang oleh paderi kerana pihak berkuasa menyokong untuk menghidupkan balik untuk meraih sokongan.

Sebab itu di Malaysia jika pihak berkuasa memainkan peranan dengan lebih bijaksana insya-Allah perkara ini tidak akan dilakukan oleh remaja Muslim kita.

Sebagaimana dinyatakan Dr. tadi, membuat sesuatu itu lebih hebat dari orang lain. Kita tengok, bagi kad, berpeluk bercium dianggap lebih hebat daripada orang lain. Puncanya, sebab kita tidak kenalkan nilai-nilai murni yang ada pada masyarakat timur kepada masyarakat kita sendiri.

DR. KHADIJAH: Saya mahu tambah sedikit, manusia ini 'cair' dengan cinta tidak semestinya hanya dengan perbuatan fizikal. Saya bersetuju dengan ustaz sebut tadi, apabila mendengar kata-kata puitis itu saja sebenarnya sudah boleh menyebabkan seseorang itu 'cair'.

Adab dalam Islam ini begitu tinggi dan mulia. Bagaimana kita berkomunikasi juga sudah boleh menimbulkan kasih sayang. Contohnya jika kita panggil anak-anak dengan panggilan sayang atau darling, anak itu akan melihat itu adalah aspek kasih sayang. Begitu juga kalau suami dan isteri.

Sebab itu kalau dilihat orang Melayu dahulu gunakan panggilan kekanda dan adinda. Tapi kalau kita dengar macam klasik sangat walhal itu memperlihatkan perasaan hormat dan kasih sayang.

Begitu juga apabila menggunakan panggilan 'manja'. Ada yang menganggap macam 'gelinya' mendengar tetapi itulah caranya untuk menunjukkan rasa kasih sayang itu.

Tetapi orang sekarang ini ada yang antara pasangan suami isteri tidak panggil dengan panggilan manja pun, sekurang-kurangnya 'abang'. Mereka lebih suka panggil nama kerana sudah kawan lama, apabila hendak tukar panggil 'abang' macam-macamlah perasaan yang timbul.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.