ARKIB : 13/02/2010
YTL khianati saya – Saravanan
![]() |
|
M. Saravanan melihat pelan pembangunan perumahan kos rendah projek Sentul Raya berhampiran Kampung Railway, Sentul ketika melawat kawasan itu, baru-baru ini. |
KUALA LUMPUR 12 Feb. – “YTL telah khianati saya. Anda tulis itu”. Itu perkataan yang keluar dari mulut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (WPKB), Datuk M. Saravanan.
Isunya ialah syarikat pemaju projek Sentul Raya, Sentul Raya Sdn. Bhd, anak syarikat YTL Corporation, enggan berbincang dengannya walaupun sebelum ini sudah menyatakan persetujuan.
Beliau berkata, sebelum ini, pemaju terbabit sendiri yang meminta untuk berbincang dengannya berhubung isu Kampung Railway di Sentul.
“Sebelum ini, YTL menyatakan persetujuan mereka untuk mengadakan perjumpaan dengan saya menerusi satu surat yang bertarikh 5 Januari lalu.
“Ia adalah bukti jelas menunjukkan kesediaan YTL untuk berjumpa saya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Railway.
“Berita itu saya sampaikan kepada penduduk yang pada awalnya ingin membuat satu lagi demonstrasi bagi membantah tindakan pemaju yang gagal membina rumah kos rendah seperti yang terdapat dalam perjanjian sebelum ini,” katanya.
Berikutan kesediaan YTL itu, beliau menasihatkan penduduk agar tidak membuat sebarang demonstrasi kerana percaya masalah tersebut akan dapat diselesaikan dalam perjumpaan seperti yang telah diaturkan itu.
Bagaimanapun, menurut Saravanan, YTL kemudiannya membuat ‘pusingan U’ dengan menyatakan pendirian tidak mahu berbincang dengannya.
“Hanya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS), mereka (YTL) menyatakan tidak mahu menyelesaikan isu itu di peringkat saya, sebaliknya mahu berbincang terus dengan Menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
“Ingin ditegaskan, baik saya mahupun menteri, keputusan tetap sama iaitu YTL dikehendaki membina rumah kos rendah seperti yang termaktub dalam perjanjian sebelum ini,” tegasnya.
Sebelum ini, penduduk Kampung Railway dan sekitar Sentul mendakwa, Sentul Raya Sdn. Bhd. telah berjanji pada 1994 untuk membina 3,000 unit rumah kos rendah dan sederhana, dua buah dewan serbaguna serta sebuah padang bola di satu kawasan di Sentul.
Perjanjian itu, kata mereka, termaktub dalam surat dan pelan projek bertarikh 6 Oktober 1994 yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Sentul Raya ketika itu, K. Tharmalingam.
Bagaimanapun, setelah hampir 16 tahun berlalu, rumah yang dijanjikan tidak ada tanda-tanda untuk dibina.
Malah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri telah mengeluarkan perintah pembangunan untuk 30 peratus perumahan kos rendah tersebut kepada pemaju.
“YTL perlu jujur dalam hal ini dan patuhi perjanjian yang telah ditandatangani itu.
“Sekali lagi saya ingatkan, setiap pembangunan perumahan swasta termasuklah di sini (Sentul) perlu memperuntukkan 30 peratus kawasan untuk perumahan kos rendah,” tegas Saravanan lagi.
Sementara itu, penduduk Kampung Railway meminta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL menggesa YTL mempercepatkan pembinaan perumahan tersebut.
Mereka yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada Saravanan turut mempersoalkan mengapa YTL berkemampuan membina perumahan yang mahal tetapi cuba mengelak daripada membina rumah kos rendah.
Malah, sebahagian besar daripada penduduk meminta DBKL supaya tidak mengeluarkan sijil layak menduduki (CF) bagi sebarang projek YTL selagi perumahan kos rendah yang dijanjikan kepada mereka tidak disiapkan.
“Kami akan mengkaji semula dari sudut undang-undang mengenai hal tersebut,” kata Saravanan yang kecewa dengan sikap tidak serius YTL bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
Bazar Ramadan: DBKL nafi ada penyelewengan
Kraftangan Malaysia anjur pameran, jualan hasil seni di Kompleks Kraf hingga Isnin
Manfaat kepada jemaah
Tindakan undang-undang diambil
Pembangunan semula Kampung Baru akan dipercepatkan - Tengku Adnan
Festival Belia Putrajaya 2013 sedia terima kehadiran 'lautan' anak muda
Lesen bazar Ramadan dijual?
Tengku Azuan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan
MPK adakan kempen hormati pejalan kaki
Syabas hargai 30 pelanggan prihatin paip pecah, bocor
Tingkat mutu kerja demi PDRM
Terowong jadi 'tasik'
Mahu KL selesa, bersih didiami
Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik
Lagi 5,000 unit rumah mampu milik akan dibina
Jalan rosak di Setiawangsa akan diselesai segera
Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










