ARKIB : 10/02/2010
Jahitan beri pulangan lumayan
![]() |
|
latihan praktikal dan teori diberikan kepada pelatih-pelatih di Akademi Jahitan Mellia, Kota Kinabalu. |
KOTA KINABALU 9 Feb. - Bidang jahitan mempunyai potensi besar untuk menjadi sumber pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Perkara itu bukan satu fantasi tetapi sudah dibuktikan oleh ramai pengusaha termasuk Sithi Farriah Abdullah, 48.
Anak kelahiran Papar itu sanggup meninggalkan kerja yang menawarkan pendapatan tetap setiap bulan demi menjayakan cita-cita membina kejayaan dalam bidang jahitan.
Selepas 15 tahun berlalu, ibu kepada tujuh anak itu bukan sahaja berjaya memiliki kedai jahitan di bawah jenama My Tailor tetapi membuka dua akademi latihan menjahit di Tawau dan Kota Kinabalu.
Menurutnya, menubuhkan akademi tersebut adalah cita-citanya sejak sekian lama iaitu untuk membantu remaja dari keluarga miskin mengasah bakat dalam bidang jahitan.
Bercerita mengenai salah satu akademi latihan yang dikenali sebagai Pusat Akademi Jahitan Mellia, Sithi berkata, pusat yang ditubuhkan pada 2001 itu kini mempunyai seramai 100 pelatih.
"Pelatih di sini diberi latihan selama dua tahun melibatkan tiga tahap iaitu tahap pertama dan kedua selama enam bulan, manakala tahap ketiga selama 12 bulan.
"Pelajar yang berjaya menamatkan ketiga-tiga tahap ini layak menerima Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau yang juga pengetua akademi berkenaan menambah, antara subjek yang akan diajar termasuk menjahit pakaian wanita dan lelaki, mereka fesyen dan baju pengantin serta teknik sulaman manik dan labuci.
Selain itu, pelatih akan didedahkan dengan kursus penyelia kelas jahitan dan menjahit tudung, sarung bantal, cadar dan alas meja.
Menurutnya, sistem pendaftaran pelatih dilakukan secara terbuka sepanjang tahun.
"Keutamaan akan diberikan kepada pemohon berusia 17 tahun ke atas dan mempunyai minat tinggi dalam bidang jahitan.
"Sistem latihan yang dilaksanakan adalah 70 peratus praktikal dan 30 peratus teori manakala jadual dan peperiksaan mengikut standard persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)," katanya.
Sithi berkata, asrama turut disediakan demi keselesaan dan keselamatan pelatih.
Menurutnya, setelah hampir sembilan tahun beroperasi, sebanyak 1,000 pelatih sudah dilahirkan dan hampir 80 peratus daripada pelatih tersebut berjaya dalam bidang jahitan.
Katanya, ada antara bekas pelatih sudah mempunyai kedai jahit sendiri, mengambil tempahan dan kembali berkerja di pusat itu sebagai tenaga pengajar.
Walaupun mengakui berhadapan dengan banyak saingan, Sithi yakin semua cabaran itu boleh diatasi dengan semangat dan strategi yang betul.
Ujarnya, sebagai pengasas beliau sentiasa memastikan kurikulum di pusat itu sentiasa terkini dan diterima oleh generasi baru.
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










