VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 08/02/2010

Masjid jadi Pusat Bahasa Arab


Bermula dengan tiga orang pelajar, kini Pusat Bahasa Arab yang diurus A & A Consult (M) Sdn. Bhd. sudah boleh tersenyum syukur.


SEDAR atau tidak, kita sebenarnya kerap menggunakan bahasa Arab dalam kehidupan sehari-hari. Cuma kita sahaja yang tidak perasan.

Lafaz salam Assalamualaikum dan dijawab Walaikumsalam, lafaz syukur Alhamdulillah, bacaan-bacaan dalam solat, waima berdoa seusai solat fardu dan sunat, semuanya adalah di dalam bahasa Arab.

Itu tidak lagi mengambil kira kumpulan atau individu seperti; pelajar sekolah rendah mahupun menengah, mahasiswa universiti serta mereka yang bekerja yang perlu menggunakan bahasa Arab, sama ada untuk akademik ataupun berinteraksi.

Jadi memang benarlah dan tidak salah jika dikatakan bahawa bahasa Arab itu adalah bahasa umat Islam bukan? Malah hakikat yang mesti semua umat Islam terima iaitu bahasa Arab itu penting untuk memahami al-Quran, hadis, penguasaan ilmu, sekali gus bukti kecintaan kita kepada Allah SWT, Rasulullah SAW dan agama Islam.

Sayangnya, masih kerap juga kedengaran suara-suara rungutan yang mengatakan sukar untuk menguasai bahasa Arab, ia mengambil masa yang panjang untuk berjaya menguasai sepenuhnya, ketiadaan masa kerana kesibukan kerja dan merasakan tiada keperluan yang mendesak ke arah celik bahasa Arab.

Biar 1001 macam alasan yang diberikan, ia tidak melemahkan semangat pengurusan A & A Consult (M) Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikenali sebagai Darul Imtiyaz Resources untuk menggerakkan Pusat Bahasa Arab yang kini telah memasuki tahun keempat penubuhannya.

Pusat ini beroperasi di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor untuk pejabat dan tempat kursus sebagai tapak dan asas harakah.

Iia dilihat menjadi satu penggerak dalam usaha memakmurkan masjid sebagai "Zon Bahasa Arab"; tempat mempelajari, mengguna dan menghidupkan bahasa al Quran agar umat Islam dapat menguasainya.

Bermula dengan tiga orang pelajar di awal operasinya, kini Pusat Bahasa Arab telah mempunyai kira-kira 200 pelajar yang mengikuti pelbagai program anjuran pusat tersebut seperti Kursus Bahasa Arab Komunikasi/Perbualan, Kursus Bahasa Arab al-Quran dan Kursus Bahasa Arab Akademik.

"Alhamdulillah, bermula tahun ini kami juga akan memulakan program paling mendapat sambutan iaitu Kursus Bahasa Arab Komunikasi/Perbualan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur; Maahad Ummu Aiman Edu System di Seremban dan dua masjid di Selangor iaitu; Masjid Ehsan di Bandar Kinrara, Puchong, serta Masjid Manbaul Ulum, Cheras Jaya.

"Ini tidak termasuk penganjuran program-program di sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat. Atas sokongan semua pelajar, pada tahun ini juga kami menawarkan program Belajar Bahasa Arab Percuma Sepanjang Hayat. Ia memberi peluang kepada alumni pelajar kelas Bahasa Arab Perbualan mengulangi pengajian dan mengukuhkan ilmu bahasa Arab.

"Program ini merupakan satu galakan agar lebih ramai yang bersemangat untuk menamatkan kursus Bahasa Arab Perbualan, selain ilmu yang dipelajari tidak hilang begitu sahaja.

"Pun begitu, ia hanya terbuka kepada pelajar yang telah tamat modul pengajian Bahasa Arab Perbualan Tahap 1 sehingga Tahap 6," jelas Pengetua Pusat Bahasa Arab, Mohd. Nadzmi Mohd. Nadzir, 35.

Jelasnya, program Bahasa Arab Akademik pula menekankan dari sudut pendidikan peringkat sekolah dan peperiksaan.

Sasarannya ialah pelajar-pelajar sekolah dari semua peringkat umur dan tahap pendidikan untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka khususnya dalam subjek Bahasa Arab.

"Sejak tahun 2006 lagi program ini diperkenalkan dan ia amat mendapat sambutan dari pihak pentadbiran sekolah, Panitia Bahasa Arab dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sama ada dari sekolah swasta, sekolah rakyat dan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Konsep 3K diterapkan dalam program ini iaitu Kesedaran, Kemahiran dan Kejayaan. Tiga unsur ini difokuskan kerana ia amat penting untuk pelajar meningkatkan tahap akademik mereka. Kesedaran boleh dicapai melalui ceramah-ceramah motivasi Bahasa Arab dan prospek Bahasa Arab.

"Kemahiran pula boleh dihasilkan dengan ceramah dan bengkel khas tentang teknik menghafal, kemahiran membuat ayat dan karangan, study smart Bahasa Arab, dan skor A subjek tersebut dengan pendedahan tentang teknik, soalan-soalan klon, sistem pemarkahan serta kemahiran menjawab soalan-soalan peperiksaan," kata Mohd. Nadzmi.

Sementara itu, penganjuran program Bahasa Arab Quran pula ialah pengajian Bahasa Arab dan kaedah-kaedahnya untuk memahami ayat-ayat al-Quran. Terang Mohd. Nadzmi, program ini mula diperkenalkan pada Ogos tahun lalu dan telah berterusan sehingga sekarang.

Selain program-program Bahasa Arab, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan seperti; Terjemahan (Bahasa Arab-Melayu/Melayu-Arab/Inggeris-Arab/Arab-Inggeris) dan khidmat nasihat mengenai Bahasa Arab.

Membetulkan persepsi segelintir yang mengatakan bahasa Arab itu susah, Mohd. Nadzmi berkata, bagi peserta di pusat itu perkara tersebut tidak timbul kerana pihaknya telah membuat kajian dan membina modul-modul sukatan pengajian yang bersesuaian dengan masyarakat Melayu sebagai satu alternatif bagi mereka mempelajari Bahasa Arab.

Modul yang dibina sendiri itu merangkumi Tahap 1 hingga Tahap 6. Malah akuinya lagi, ada kes di mana pelajar mampu menguasai perbualan dalam tempoh tidak sampai setahun.

Untuk pendaftaran dan maklumat program di Pusat Bahasa Arab, sila hubungi talian 03-8922 2607 atau 019-288 8954. Orang ramai juga boleh melayari laman web di alamat http://arabic2u.my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.