VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 07/02/2010

Tarian etnik kebanggaan Nur Ain




Gadis berusia 19 tahun ini beruntung kerana bapanya anak kelahiran Sarawak dan ibunya yang berasal dari Perak tidak pernah menghalang minatnya menari.

Bahkan latar belakang negeri kelahiran ibu bapanya yang berbeza memberi peluang kepadanya mempelajari dua budaya yang mempunyai keunikan sendiri.

Minat Nur' Ain terhadap tarian etnik bumi kenyalang itu bermula pada usia 14 tahun ketika mengikut keluarganya berpindah ke Sarawak.

Tarian tradisional sememangnya memiliki keistimewaan tersendiri. Gabungan rentak, lenggok dan gaya si penari pasti memukau penonton sehingga mendapat kepuasan yang sukar dimengerti.

"Kebudayaan masyarakat pribumi seperti Iban dan Bidayuh sangat unik. Misalnya, tarian Ngajat mempunyai seni lenggok yang menarik. Tarian ini juga ibarat satu senaman. Selain mengisi lapang, setiap tarian yang dipelajari mengajar saya erti kesabaran," ujar gadis yang berminat menjadi pelakon ini.

Hasrat Nur' Ain mahu melangkah lebih jauh untuk mencapai impian menjadi seorang koreografer tarian pada satu hari nanti.

"Penari seharusnya berbangga apabila mempersembahkan tarian tradisional dengan kehalusan tarian lama penuh dengan keasyikan berbanding tarian moden yang memenatkan," ujarnya.

Sebagai remaja, Nur' Ain tidak menafikan ingin berasa bebas. Namun, bapanya yang bertugas sebagai anggota polis banyak mengajarnya tentang disiplin dalam hidup. Justeru itu, dia akan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Bagi saya, boleh bebas tapi ada batasnya. Ibu bapa berhak mengetahui sebarang aktiviti kita," katanya.

Dalam pada itu, Nur' Ain bercita-cita membuka sebuah salon kecantikan. Kebetulan dirinya mengamal petua seperti banyak makan sayur, minum air dan mengambil suplemen.

Meminati One Drop Perfumes, baginya minyak wangi ini ringkas, senang dan boleh di bawa ke mana sahaja khususnya untuk beribadat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.