VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 04/02/2010

Dua lagi pusat dialisis YTPZ dibuka


PENGARAH Urusan Kumpulan Mamee Double-Decker (M) Bhd., Datuk TC Pang (kanan) menyerahkan replika cek RM800,000 kepada Mohd. Ali Rustam sambil diperhatikan Mohd. Khalil Yaakob pada majlis penyerahan sumbangan kerajaan negeri dan agensi-agensi negeri Melaka untuk Yayasan Toh Puan Zurina di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 3 Feb. - Pesakit buah pinggang di Alor Gajah dan Jasin, kini berpeluang menikmati kemudahan rawatan hemodialisis secara percuma apabila Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) dibuka di daerah tersebut menjelang akhir tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihak Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah diarah mengenal pasti bangunan lama di daerah tersebut untuk dijadikan pusat yayasan.

Menurutnya, sebahagian RM1.9 juta sumbangan daripada agensi kerajaan negeri dan swasta kepada tabung YTPZ akan disalurkan kepada pembukaan dua pusat tersebut.

''Jawatankuasa pelaksana Yayasan Toh Puan Zurina yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri akan memproses permohonan pesakit buah pinggang yang layak menerima rawatan di dua pusat ini nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada YTPZ yang diwakili oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob di sini hari ini.

Pada majlis itu, sumbangan berjumlah RM1.9 juta oleh sembilan organisasi dengan RM800,000 daripadanya terdiri daripada tujuh syarikat kerajaan negeri manakala RM1 juta sumbangan daripada dua syarikat swasta.

Pihak swasta yang terlibat adalah syarikat Mamee Double-Decker (M) Bhd., dan Tan Sri Datuk Chua Ma Yu manakala agensi kerajaan negeri yang turut menyumbang adalah Kumpulan Melaka Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan Yayasan Melaka.

Selain itu, kata Mohd. Ali, dua pusat hemodialisis YTPZ di dua daerah terbabit diharap dapat menyediakan kemudahan rawatan yang lebih selesa untuk penduduk di Jasin dan Alor Gajah.

Menurut beliau, pada masa ini, terdapat 213 buah mesin hemodialisis disediakan melalui 53 buah pusat rawatan termasuk di hospital swasta dan empat buah pertubuhan bukan kerajaan kepada 700 pesakit buah pinggang di negeri ini.

Sementara itu, katanya, terdapat lima pesakit buah pinggang yang sedang mendapatkan rawatan hemodialisis percuma di YTPZ di Bukit Peringgit di sini, sejak beroperasi November tahun lalu.

Ujarnya, bilangan pesakit di pusat tersebut akan ditambah kepada 15 orang pada masa depan manakala kos pengendalian operasi di situ kini menelan belanja sebanyak kira-kira RM300,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.