|
ARKIB : 30/01/2010 Obama ikrar terus sokong IsraelTAMPA Florida 29 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semalam memberitahu, beliau akan terus menyokong Israel namun menegaskan, Washington juga perlu memberi perhatian kepada penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin. "Kami sedang berusaha untuk menguatkan keupayaan kedua-dua pihak itu untuk duduk semeja," kata Obama pada satu pertemuan dewan perbandaran di Tampa, di sini. Usaha pentadbiran Presiden itu untuk memulakan semula rundingan damai yang telah lama terhenti hanya mencapai sedikit kemajuan sejak beliau memerintah setahun lalu. Pengkritik menyifatkan, beliau telah memandang rendah rintangan yang dihadapi. Presiden itu turut menyentuh masalah yang dihadapi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang disifatkan beliau 'menjalankan usaha untuk mencapai sedikit perkembangan berbanding apa yang diinginkan kerajaan campurannya'. Kerajaan berhaluan kanan Netanyahu termasuk parti-parti pro peneroka haram Yahudi membantah kuat penyerahan tanah yang diduduki Israel kepada Palestin bagi penubuhan sebuah negara baru. Obama berkata, Presiden Palestin Mahmud Abbas 'benar-benar mahukan perdamaian' namun perlu berunding dengan Hamas, sebuah kumpulan pejuang Islam yang enggan mengakui hak kewujudan Israel. Abbas, pemimpin yang pro AS, turut dilemahkan oleh kawalan Hamas terhadap Genting Gaza sementara beliau hanya memerintah Tebing Barat. Mengatakan rakyat Israel dan Palestin kedua-duanya mempunyai 'hasrat yang sah', Obama sekali lagi ingin memperlihatkan kemampuan pentadbirannya dengan berperanan sebagai 'orang tengah' yang adil. "Israel adalah satu daripada sekutu kuat kami. Ia sangat penting bagi AS dan saya akan terus menjamin keselamatan Israel. "Bagaimanapun, penderitaan yang dialami warga Palestin juga adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Tidak bagus bagi keselamatan AS dan Israel sekiranya terdapat berjuta-juta individu hidup dalam keadaan kecewa," katanya. - Reuters TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
AS tamat misi perang di Iraq
26 Ahli Parlimen Indonesia suspek rasuah Pelampau Indonesia bakar bendera kita lagi Krisis kemanusiaan di Pakistan kritikal Tidak patut siasat dana bina masjid WTC Israel tutup sebahagian Tebing Barat Ujian roket paling berkuasa Permaisuri Rania semakin yakin pada dirinya Perbicaraan Ampatuan ditangguhkan lagi NASA nasihat ceritakan hal sebenar kepada pelombong Chile Blair tidak kesal isytihar perang Iraq
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|