ARKIB : 29/01/2010
Kadar kemiskinan di kalangan penduduk bandar 2 peratus
KUANTAN 29 Jan. – Kadar kemiskinan di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan bandar di negara ialah sekitar dua peratus dan kemiskinan tegar pula 0.3 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Beliau berkata, statistik menunjukkan 70 peratus daripada penduduk negara ini tinggal di kawasan bandar.
Sehubungan itu katanya, selaras dengan iltizam kerajaan untuk membasmi kemiskinan terutama miskin tegar menjelang akhir tahun ini, maka peranan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berjaya menyumbang kepada usaha membasmi kemiskinan di luar bandar, telah diperluaskan ke kawasan bandar.
"Kerajaan sedar sebahagian besar daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi.
"Mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan dari institusi kewangan formal memandangkan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap, apatah lagi tidak mempunyai sumber untuk dijadikan cagaran.
"Pada mereka, mikrokredit yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar merupakan harapan bagi mendapatkan sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti ekonomi yang berpotensi menjana pendapatan dan menambah baik taraf hidup mereka dan keluarga," katanya. - Utusan
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










