VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 29/01/2010

Institut Aminuddin Baki terima Anugerah Jasper

CEBU 28 Jan - Institut Aminuddin Baki (IAB) hari ini dipilih sebagai penerima Anugerah Jasper menerusi kajian Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (Kompas) yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik mereka.

Anugerah itu yang diwujudkan sejak 1990 diberikan oleh kerajaan Kanada dengan kerjasama Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMO) kepada penyelidikan berkaitan pendidikan yang dianggap cemerlang.

Kompas dipilih daripada lapan penyertaan penyelidikan lain yang dihantar oleh empat negara iaitu Filipina, Indonesia, Singapura dan Vietnam.

Menurut salah seorang penyelidiknya, Rosnarizah Abdul Halim, 47, KOMPAS merupakan satu sistem atas talian yang dapat memberi maklum balas segera berkenaan kompetensi-kompetensi yang diperlukan oleh pengetua atau guru besar sekolah.

Katanya, ia mengandungi sebanyak 26 kompetensi yang perlu dimiliki oleh pengetua atau guru besar sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah menerusi kecemerlangan pemimpinnya.

"Kompas ini membolehkan pemimpin sekolah merancang pembangunan profesional berterusan mereka dan mengetahui mana-mana bahagian kompetensi yang tidak dimiliki.

"Dari situ, mereka boleh memohon untuk mengikuti kursus kompetensi tersebut secara 'online' dengan IAB," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada majlis penyampaian anugerah itu yang diadakan sempena Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-45 yang berlangsung di sini.

Menurut Rosnarizah, Kompas yang dibangunkan pada 2007 kini sudah diakses oleh hampir 6,000 pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara.

Pemilihan Kompas sebagai pemenang Anugerah Jasper membolehkan ia menerima hadiah berbentuk tajaan ke Kanada selama lapan hari untuk membentangkan hasil kajian tersebut.

Selain Rosnarizah Abdul Halim, KOMPAS turut dibangunkan oleh Dr. Amin Senin selaku ketua penyelidik, Abdul Razak Manaf dan tujuh penyelidik lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.