Ubah hidup rakyat
Ubah hidup rakyat

|
|
Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan buku Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohammad selepas pelancaran Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia di KL Convention Centre, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Shaifudin Mohd. Nor
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Transformasi Kerajaan (PTK) berpandukan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang dilaksanakan secara telus, ikhlas, penuh tanggungjawab serta komitmen yang tinggi.
Ia berlandaskan prinsip kebertanggungjawaban dan kerajaan tidak akan berhenti daripada melakukan perubahan ini selagi rakyat tidak merasai, menyentuh dan mengalaminya sendiri.
Enam NKRA itu ialah meluaskan akses pendidikan berkualiti. Mengurangkan kadar jenayah. Memerangi rasuah. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. Menambah baik pengangkutan awam.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp