VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 23/01/2010

Banjir: 8 mati 13 hilang di Sulawesi

23/01/2010 3:29am

JAKARTA 22 Jan. - Lapan orang mati manakala 13 lagi hilang selepas banjir kilat melanda wilayah Sulawesi di tenggara Indonesia, kata para pegawai hari ini.

Arus deras dari limpahan air sungai Tante Limbong akibat hujan lebat telah menerjah dan menenggelamkan lima buah kampung di daerah Kolaka Utara lewat semalam, kata ketua pusat krisis di kementerian kesihatan, Rustam Pakaya kepada AFP.

“Laporan terkini dari pegawai tempatan telah menemui lima mayat dan 13 mangsa masih hilang,” katanya sambil menambah sekurang-kurangnya 16 buah rumah telah dibawa arus.

Jurucakap pusat pengurusan bencana kebangsaan, Priyadi Kardono pula berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke kawasan bencana.

“Terlalu sukar untuk pergi ke kawasan yang teruk terjejas...jalan-jalan semua terputus dan hubungan komunikasi sukar di capai,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 2,000 orang telah dipidahkan dan kini berlindung di bangunan-bangunan pejabat pentadbiran tempatan. - AFP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.