VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/01/2010

Kanak-kanak maut dihempap TV


Inilah peti televisyen yang menghempap Cindy Yeo (gambar kecil) yang menyebabkan kanak-kanak itu maut di rumahnya di Bandar Putra Kulai, Kulaijaya, Johor, semalam.


JOHOR BAHRU 19 Jan. – Kegemaran seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sejak akhir-akhir ini adalah menonton rakaman nyanyian dan tarian di tadika tempat dia belajar.

Cindy Yeo sanggup berada dalam bilik belakang seorang diri semata-mata untuk menonton rakaman itu menerusi pemain cakera video digital (DVD) di rumahnya di Bandar Putra Kulai dekat sini.

Tetapi entah di mana silapnya, sewaktu leka menonton rakaman itu, kanak-kanak tersebut dikatakan telah tertarik wayar televisyen bersaiz 21 inci, menyebabkan ia terjatuh dari rak lalu menimpa dan meragut nyawanya.

Ketika kejadian yang berlaku pukul 9.40 malam tadi, ibu bapa Cindy dan dua adik beradiknya yang lain berada di ruang tamu rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, kejadian disedari bapa mangsa, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi benda seperti terjatuh dari sebuah bilik di bahagian belakang rumahnya.

“Bunyi yang disusuli jeritan suara anaknya itu menyebabkan bapa mangsa bergegas ke bilik berkenaan dan dia mendapati anaknya berada dalam keadaan tertiarap selepas dihempap televisyen.

“Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Kulai, namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada pukul 12.20 malam tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zulkefly berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan siasatan awal pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Katanya, bedah siasat menunjukkan mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu mengalami kecederaan serius di kepala.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa tertarik wayar televisyen itu dengan kaki sebelum terjatuh dari rak lalu menghempapnya,” katanya.

Sementara itu, Sung Wah ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan rasa sedih berikutan kejadian tersebut.

Menurutnya, rakaman DVD di tadika itu merupakan kegemaran anaknya sejak kebelakangan ini dan sering ditonton oleh mangsa di bilik belakang.

“Saya tidak sangka kegemaran Cindy menonton rakaman itu berakhir dengan kematiannya,” katanya sebak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.