VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 10/01/2010

Realiti kehidupan di Myanmar


Realiti kemiskinan mengakibatkan rakyat Myanmar terbelenggu dalam meneruskan kehidupan.


CHERRY dan Kay Kay memasuki bilik yang tertera nombor dua, bertempat di sebuah pusat bar karaoke di Yangon dan kelihatan seorang lelaki menanti mereka bersendirian.

"Mari masuk dan menyanyi bersama saya," kata lelaki itu ketika mereka sedang memilih lagu popular penyanyi tempatan yang diharap menjadi kegemaran lelaki itu.

Situasi sebegini mungkin biasa di kebanyakan tempat di Asia namun ia merupakan sesuatu yang masih baru di Myanmar di mana keadaan ekonomi yang agak mendesak memaksa wanita muda seperti Cherry terjerumus ke dalam industri seks yang berselindung di sebalik operasi pusat karaoke dan rumah urut.

Di pusat bar yang dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai KTV atau pusat karaoke dengan televisyen, kelihatan wanita muda dalam lingkungan umur 20 an melayani pelanggan mereka di dalam sebuah bilik yang dilengkapi penghawa dingin lengkap dengan sofa dan peralatan karaoke.

Pelayan hanya akan memasuki bilik itu jika dipanggil oleh pelanggan yang ingin meminta makanan dan minuman atau jika pelayan wanita tersebut menekan loceng bagi memberitahu bahawa pelanggan tersebut telah bertindak melampau batas.

Pekerja di KTV memberitahu, perkhidmatan seks bukan sesuatu yang ditawarkan di sini, namun di sebalik kegelapan yang mengabui bilik itu, apa pun boleh berlaku.

"Adalah sukar untuk mengawal kegiatan lelaki di dalam bilik ini," kata Kay Kay, 20 tahun.

"Mereka akan menjadi terlalu liar apabila mabuk dan saya perlu memegang kedua-dua tangan mereka bagi mempertahankan diri.

"Dan adakalanya saya terpaksa menekan loceng untuk meminta bantuan dari pelayan," ujarnya.

Para pelanggan terdiri dari mereka yang remaja dan juga mereka yang telah berumur.

Adakalanya mereka datang bersama rakan dan kadang-kadang bersama keluarga di tempat sebegini yang dianggap terletak di tengah-tengah "antara hiburan berbentuk kasual dan pusat pelacuran".

Cherry dan Kay Kay merupakan sebahagian dari 20 pekerja wanita yang bertugas di bar KTV ini yang terletak berhampiran dengan ikon bandar Yangon, Pagoda Shwedagon, salah sebuah kuil suci Buddha di negara itu.

Secara umumnya mereka bekerja sebagai pelayan pelanggan yang dibayar untuk melayan pelanggan tetap, menggalakkan pelanggan membeli minuman serta menjadi peneman atau penghibur ketika menyanyi bersama.

Pelacuran merupakan sesuatu yang diharamkan di Myanmar namun ia mula mendapat tempat secara haram apabila kerajaan junta yang memerintah, memansuhkan era sosialisme kepada ekonomi berasaskan pasaran pada 1996.

Myanmar merupakan antara negara termiskin dunia malah penduduk bandar yang yang mempunyai kerjaya sebagai profesional hanya mendapat gaji kurang dari AS$1 (RM3.40) sehari.

Pendapatan pekerja kerajaan umpamanya bermula pada 20,000 kyats (RM51) sebulan.

Kebanyakan industri di sana musnah akibat dari salah tadbir ekonomi oleh kerajaan junta ditambah dengan sekatan yang dikenakan oleh barat kerana kegagalan kerajaan memerintah membawa perubahan demokrasi dalam sistem pemerintahan.

Bagi Cherry dia memilih untuk bekerja di bar karaoke setelah berhenti kerja di sebuah kilang pakaian yang hanya memberi gaji yang terlalu kecil.

Dia yang merupakan anak sulung terpaksa berhenti sekolah sebelum mencecah usia remaja bagi memberi peluang kepada adiknya untuk dihantar ke sekolah.

Cherry kemudiannya bekerja di sebuah kilang tetapi berhenti setelah mengetahui dia boleh memperoleh pendapatan gaji sebulan hanya bersandarkan pada tip untuk semalam di pusat bar dan karaoke.

Menurut Cherry dan Kay Kay, mereka berdua membesar dalam keluarga yang porak peranda dan terpaksa menyembunyikan pekerjaan baru ini dari ahli keluarga.

"Saya tidak memberitahu ibu saya yang saya kini bekerja di KTV dan dia menyangkakan saya bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya.

perkampungan

"Malah terdapat graduan universiti yang bekerja seperti saya, " tambah Cherry.

Kebanyakan wanita yang bekerja di bar KTV di Yangon datang dari perkampungan miskin luar bandar bagi mencari kehidupan yang lebih baik.

Tempat kerja Cherry turut menyediakan kemudahan tempat tinggal dan makanan serta di bayar gaji asas sebanyak 20,000 kyats (RM58).

"Gaji asas ini sama dengan apa yang saya peroleh ketika bekerja kilang dulu tapi di sini kami mendapat pendapatan tambahan melalui tip dari pelanggan.

"Malah kadang-kala kami mendapat 30,000 kyats (RM80) semalam," kata Cherry.

Pekerja wanita ini tidak boleh meninggalkan bar sebelum ia di tutup pada pukul 2.00 pagi dan kemudian dihantar balik ke tempat penginapan mereka.

Bagi negara seperti ini yang berbangga dengan kehebatan mereka di waktu lampau serta keunggulan kesusasteraan mereka, kepesatan industri hiburan sebegini telah membangkitkan perasaan gelisah dan kesedihan di kalangan masyarakat.

Seorang penyair yang menulis tentang kebobrokan kehidupan sebegini melalui puisinya "Yangon Nights" berkata, kemiskinan bukanlah punca utama kenapa wanita muda ini memilih pekerjaan sebegini.

"Ramai antara mereka yang tidak mendapat pendidikan sempurna serta tidak menghargai kehidupan yang seharusnya dinikmati, jadi pengakhirannya mereka memilih untuk hidup begini," kata beliau yang tidak mahu dikenali.

Namun bagi Wine, yang bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran pub berkata, kini ramai profesional yang memilih untuk bekerja pada waktu malam sebagai pekerjaan kedua bagi menambah pendapatan.

"Antara mereka yang bekerja di sini termasuklah pelajar sekolah, jururawat yang boleh bekerja pada waktu malam dan graduan universiti," kata Wine sambil menambah dia mula bekerja di situ setelah gagal dalam peperiksaan sekolah tinggi sebanyak dua kali serta gagal mencari pekerjaan lain.

"Ramai kawan saya yang bekerja di KTV dan pub dan pada masa sama melanjutkan pelajaran di universiti," katanya.

Bagaimanapun stigma masyarakat tentang wanita pub ini masih terlalu menebal malah ibu bapa lebih sanggup membenarkan anak mereka menyertai berjuta-juta yang lain yang berhijrah ke luar negara bagi mencari pekerjaan.

"Anak bongsu saya ingin bekerja di KTV tetapi saya melarang keras kerana sekali dia terjebak dalam pekerjaan sebegini adalah terlalu mudah untuk dia terdedah sebagai pekerja seks. Pada ketika itu adalah terlalu sukar untuk berpatah balik," kata Ei, 59, ibu kepada dua anak perempuan.

Tambah beliau lagi, seperti kebanyakan keluarga lain dia terpaksa bertungkus lumus untuk terus hidup namun dia lebih rela membenarkan anaknya bekerja di luar negara daripada bekerja di pub dan KTV.

Bagi Cherry dan Kay-Kay, mereka berasa gembira memperoleh pendapatan lumayan dan boleh meringankan beban keluarga mereka tanpa perlu meninggalkan negara ini.

"Saya boleh menyara keluarga saya dan seorang adik saya akan menamatkan pelajaran di universiti tidak lama lagi. Apa yang penting saya tidak perlu bekerja keras seperti di kilang dulu.

"Namun para pelanggan akan melayan saya seperti pekerja bar dan langsung tidak menghormati saya. Reputasi sebagai wanita bar tidak mendapat tempat di dalam masyarakat," kata Cherry lagi.

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.