ARKIB : 08/01/2010
F&N sedia RM100j belanja modal
SUBANG JAYA 7 Jan. - Optimis dengan jangkaan pertumbuhan perniagaan tahun ini, Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) telah memperuntukkan perbelanjaan modal kira-kira RM100 juta untuk operasi syarikat dan pengeluaran produknya.
Perbelanjaan itu termasuk perancangan memperluaskan barisan pengeluaran produk baru dengan kos RM40 juta di kilang pengeluarannya di Shah Alam dekat sini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Ang Meng berkata, sebelum ini, pihaknya memperuntukkan RM70 juta hingga RM80 juta untuk modal perbelanjaan syarikat setiap tahun.
Katanya, pada tahun ini, terdapat peningkatan perbelanjaan syarikat berikutan terdapat trend pasaran yang meningkat dan permintaan produk yang tinggi.
''Kami turut merancang mengeluarkan sebanyak 50 produk minuman baru dengan memberi penumpuan produk kurang gula dan perasa baru kepada pelanggan dalam tempoh 24 bulan akan datang,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran dua identiti korporat baru bahagian minuman F&N iaitu F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. dan F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd.
Identiti korporat baru itu itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bahagian minuman ringan F&N menyumbang lebih 35 peratus kepada pendapatan kumpulan iaitu sebanyak RM3.74 bilion pada tahun kewangan yang berakhir 30 September tahun lalu dengan peningkatan RM1.3 bilion.
Ketika ditanya tempoh siap barisan baru pengeluaran di kilang Shah Alam di sini, Ang Meng berkata, pihaknya ingin memastikan perancangan itu siap sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Mengenai langkah syarikat yang memberi tumpuan produk kurang gula, Ang Meng berkata, pihaknya melihat masyarakat Malaysia semakin memilih untuk mengamalkan kehidupan sihat dengan mengurangkan gula dalam makanan dan minuman.
Beliau menambah, pihaknya merancang memperkenalkan banyak produk kurang gula pada masa akan datang.
''Kami sentiasa memberi penekanan untuk mengeluarkan produk kurang gula di pasaran tempatan,'' ujarnya.
Ditanya tentang sasaran pasaran baru F&N, Ang Meng berkata, pihaknya mengutamakan pasaran tempatan berikutan sambutan dan permintaan yang menggalakkan.
Jelasnya, pihaknya mesti memberi tumpuan pasaran di negara sendiri kerana F&N sudah bertapak sejak tahun 1883 di negara ini. Selain Malaysia, F&N turut menjalankan operasi di Thailand, China dan Vietnam.
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Glomac sasar jualan RM900j
Nomad yakin sambutan pejabat
Maxis sasar jual 30,000 unit telefon pintar TRW
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










