VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 05/01/2010

Pelajar kini boleh dapatkan kad diskaun 50% KTMB

05/01/2010 11:49am

KUALA LUMPUR 5 Jan. Pelajar tempatan berumur 13 tahun dan ke atas kini boleh mendapatkan kad diskaun 50 peratus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan jarak jauh secara percuma di semua stesen KTMB dan pejabat perkhidmatan antara bandarnya.

Kad diskaun itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2010 untuk membantu pelajar, mula dikeluarkan KTMB sejak semalam.

"Pengeluaran kad ini tertakluk kepada syarat dan kami berikan hanya untuk tempat duduk kelas kedua dan ekonomi sahaja, kata Pengurus Pemasaran Unit Perniagaan Strategik Perkhidmatan Antara Bandar KTMB, Mohd. Noordin Kimi.

Kad itu layak diperoleh oleh pelajar sama ada mereka di sekolah menengah, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, pelajar separuh masa atau pengajian jarak jauh.

"Semua pelajar layak, tidak kira daripada keluarga miskin atau kaya, selagi seseorang itu masih bergelar pelajar tidak kiralah penuntut Sarjana atau Phd., mempunyai kad pelajar dan belajar di dalam Malaysia, katanya.

Bagaimanapun pelajar dari maktab-maktab perguruan, jururawat, polis, tentera dan juga institut kesihatan perlu membayar harga kad tersebut dengan membayar RM30 setahun, tambahnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kad tersebut, pelajar boleh menghubungi KTMB di talian 03-2279 8852 ataupun mengunjungi laman web www.ktmb.com.my. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.